Resepi Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan

Kuih kaswi pandan ni sedap lembut berlemak manis. Bau wangi dari aroma daun pandan yang digunakan pasti memikat selera. Boleh dihidangkan untuk keluarga tersayang. Anak-anak pon pasti suka dengan kuih ini.

Bahan-bahan untuk kuih kaswi pandan ini sama sahaja dengan kuih kaswi  gula merah. Cuma untuk kuih pandan kaswi ini tak guna gula merah, kita cuma gunakan gula putih, daun pandan dan  sedikit pewarna hijau sahaja.

Sis kongsikan satu resepi mudah yang boleh disediakan dirumah, menggunakan sukatan cawan sahaja.

Bahan-bahan untuk kuih kaswi

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula ( nak manis tambah lagi)
  • 1 cawan santan pekat
  • 6-8 helai daun pandan (gunting kecil anggaran 2-3 inci
  • Sedikit kapur makan
  • Sedikit pewarna hijau

Untuk digaul dengan kuih

  • Kelapa parut
  • Sedikit garam

♥Gaul sebati kedua bahan ini. Kemudian kukus sekejap supaya kuih lambat basi.

Cara-cara membuatnya

♥ Kisar kasar daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis dan ambil jus pandan sahaja.

♥ Campurkan kesemua bahan, kisar sehingga halus kemudian tapiskan adunan ini.

♥Ambil loyang, sapu sedikit minyak masak dan tuang adunan ke dalamnya. Kukus di atas air mendidih sehingga masak lebih kurang 30 minit.

♥ Sesekali buka pengukus untuk lap wap air supaya tidak jatuh keatas permukaan kuih. Boleh juga balut penutup periuk kukus dengan kain bersih.

♥ Biarkan kuih sejuk dahulu sebelum dipotong. Kemudian gaul kuih dengan kelapa perut.

♥ Kuih kaswi pandan lemak manis siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment