Saksikan drama Melur Untuk Firdaus musim kedua yang menampilkan Meerqeen dan Anna Jobling sebagai pasangan utama, kembali ke layar TV3 melalui slot Akasia mulai 16 Mac 2023, setiap Khamis hingga Jumaat, jam 7:00 malam. Bagi bulan Ramadan, slot Akasia akan bersiaran setiap hari bermula 20 Mac 2023, Isnin hingga Ahad, jam 7:00 malam. Tonton drama ini secara langsung dalam HD di Disney+ Hotstar.
Tajuk: Melur Untuk Firdaus 2
Jumlah Episod: 35
Tarikh Siaran:
Mulai 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam
Mulai 20 Mac 2023, Setiap Hari, 7:00 malam
Saluran: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Skrip: Wan Mahani Wan Hasan
Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin
Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd
Lagu Tema (OST):
- Hanya You Dalam Kepala – Alam Antido
- Pejam – Rahmad Mega
Watak Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus 2:
- Meerqeen sebagai Firdaus
- Anna Jobling sebagai Melur
- Eyka Farhana sebagai Mawar
- Azim Yusof sebagai Zack
- Fimie Don sebagai Haris
- Sabrina Sharleen sebagai Rania
- Kuza sebagai Kamariah
- Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman
- Haleeda Mazlin sebagai Rohana
- Zainol Ismail sebagai Nasaruddin
- Qaseh Qhairiena sebagai Damia
- Taib Zamannuri sebagai Raikal
- Tengku Tieya sebagai Nana
- Hani Nazrina sebagai Lili
- Hairi Safwan sebagai Zain
Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2:
Musim baru ini menceritakan kisah kehidupan Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang bahagia kembali. Mereka berusaha mengukuhkan hubungan mereka, tetapi menghadapi rintangan dalam mencari kebahagiaan. Firdaus sibuk mengurus projek syarikat di luar bandar dan banyak menghabiskan masa bersama rakan sekerja, Mawar (Eyka Farhana).
Melur pula bersemangat mengembangkan kerjaya penulisan buku kanak-kanak. Ketika mencuba membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsi Zackery (Azim Yusof) secara diam-diam jatuh hati pada Melur.
Sementara itu, Lili dan anaknya Damia hidup lebih tenang setelah Zain dipenjarakan. Namun, ketika Zain bebas dari penjara,
Lili merasa cemas akibat trauma masa lalu yang disebabkan oleh keganasan Zain. Melur memujuk Lili untuk berdoa agar Zain insaf dan berubah sikap.
Mawar sebenarnya ingin pergi bercuti ke luar negara, tetapi ayahnya Tuan Idrus memaksa Mawar bekerja supaya bersedia mengambil alih syarikat keluarga suatu hari nanti. Mawar enggan bekerja hingga suatu hari secara kebetulan bertemu dengan Firdaus dalam keadaan yang membuat hati Mawar tergugah. Peristiwa ini membuatkan Mawar bersemangat untuk bekerja.
Dalam menghadapi berbagai rintangan, adakah Melur dan Firdaus mampu mempertahankan hubungan cinta mereka? Nantikan drama Melur Untuk Firdaus 2 di slot Akasia TV3 dan Disney+ Hotstar untuk menyaksikan kisah cinta yang penuh dugaan ini.