Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan (Samarinda TV3)

Siri drama yang dinanti-nantikan, adaptasi daripada novel Bukan Puteri Lindungan Bulan hasil karya Liana Afiera Malik bakal mengisi slot Samarinda TV3, menggantikan Serpihan Sayang.

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, siri drama berjumlah 40 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang menonton Bukan Puteri Lindungan Bulan bermula 21 Mac 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 malam di TV3. Anda juga boleh menikmati drama ini melalui platform penstriman iQIYI mulai jam 11 malam.

Butiran Drama:

  • Judul: Bukan Puteri Lindungan Bulan
  • Jumlah Episod: 40
  • Mulai Tayangan: 21 Mac 2023
  • Siaran: Setiap Isnin-Jumaat, 10:00 malam
  • Saluran: Samarinda TV3 / iQIYI
  • Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
  • Rumah Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar

Peranan Utama:

  • Janna Nick sebagai Larasati Aisya
  • Hisyam Hamid sebagai Zafir
  • Amar Baharin sebagai Zakuan
  • Niena Baharun sebagai Farah
  • Afifah Nasir sebagai Sabrina
  • Shah Iskandar sebagai Lukman
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Ringkasan Cerita Bukan Puteri Lindungan Bulan: Kehidupan Larasati Aisya (Janna Nick), atau lebih dikenali sebagai Lara atau Puteri, penuh dengan rintangan, dugaan dan nasib malang. Setelah kehilangan bapanya, Lara terpaksa meninggalkan pendidikannya untuk mengambil alih tanggungjawab dalam menguruskan perniagaan keluarga.

Situasi Lara bertambah mencabar apabila abangnya, Lukman (Shah Iskandar), berkahwin dengan Sabrina (Afifah Nasir), yang mempunyai hubungan kurang baik dengannya. Keadaan bertambah buruk apabila Sabrina mengambil langkah memperkenalkan saudara maranya bekerja di syarikat Lara.

Lara menghadapi ujian yang lebih berat ketika dia kehilangan orang yang disayangi, fitnah yang mencemarkan nama baik, dan gangguan dalam hubungannya dengan Zafir (Hisyam Hamid). Kehadiran Farah (Niena Baharun) juga memperparah keadaan. Lara kini perlu menempuh pelbagai dugaan dalam usahanya mencari anak-anak yang terpisah darinya.

Leave a Comment