Saksikan drama adaptasi daripada novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 hasil karya Siti Rosmizah yang akan menyerikan slot Megadrama di Astro Ria. Drama bersiri 60 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Pelakon utama drama ini adalah Shukri Yahaya yang memegang watak Syed Adam Aizril dan Hannah Delisha sebagai Aleya.
Andai Itu Takdirnya akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 6 Mac 2023, pukul 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO bagi pilihan yang fleksibel.
Maklumat Drama:
- Episod: 60
- Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria / Astro GO
- Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
- Pengarah: Jamal Khan
- Produksi: SR One Sdn Bhd
Lagu Tema (OST) Andai Itu Takdirnya – Vanessa Reynauld Takdir Cinta Kita – Asfan Shah & Erin CTJ
Watak Pelakon :
- Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
- Hannah Delisha sebagai Aleya
- Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
- Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
- Idzham Ismail sebagai Ikram
- Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
- Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas
- Esma Daniel sebagai Syed Rahim
- Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
- Razman Mahayuddin sebagai Faizal
- Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
- Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
- Hariz Hamdan sebagai Azhar
- Kamal Bakar sebagai Encik Idris
- Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
- Rayyan Mikail sebagai Dany
- Aiman Badrul sebagai Darwin
Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya:
Aleya, seorang perempuan dari keluarga biasa yang memendam rasa cinta terhadap kawannya di universiti, Syed Adam Aizril. Syed Aizril popular di kalangan gadis disebabkan ketampanan dan gaya menariknya. Sebagai anak kepada seorang pemimpin korporat, dia terbiasa dengan kehidupan mewah dan bangga dengan harta keluarganya. Dia memiliki kriteria tinggi dan kerap meremehkan orang lain. Namun, suatu insiden tidak terduga menyatukan Syed Aizril dan Aleya.
Aleya memulai kehidupan barunya sebagai isteri, tetapi sayangnya, Syed Aizril membuat hidupnya menderita. Tidak lama kemudian, Syed Aizril mengalami kecelakaan yang mengubah hidupnya, dan dia menyesal atas segala salah langkah yang dilakukannya terhadap Aleya. Karena cinta dan anak-anak, Aleya menerima Syed Aizril kembali dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril menjalani kehidupan bahagia bersama anak-anak mereka setelah mengatasi berbagai rintangan dalam pernikahan mereka.
Pernikahan Syed Aizril dan Aleya diuji kembali ketika Syed Aizril jatuh hati pada Sharifah Emilin yang datang secara tiba-tiba dalam kehidupannya. Janji yang pernah dibuat kepada Aleya dengan mudah dilupakan. Pada saat ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah lenyap sama sekali. Kehidupannya kini hancur akibat kesombongannya. Adakah Aleya harus memberikan kesempatan lagi kepada Syed Aizril?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama Andai Itu Takdirnya yang pasti akan menghiburkan penonton di rumah. Saksikan kisah cinta Aleya dan Syed Aizril yang penuh liku dan dugaan ini mulai 6 Mac 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.