Resepi Bayam Brazil Goreng Crispy

 

bayam

Bayam brazil antara sayuran yang sangat baik dan berkhasiat untuk kesihatan kita. Kalau disebut memang banyak antaranya boleh mngurangkan risiko penyakit kanser dan meningkatkan kesihatan mata. Paling penting bayam brazil boleh membantu menurunkan berat badan. Jadi sesiapa yang sedang berdiet boleh la memasukkan bayam ni dalam list makanan.

Spesies bayam brazil ni kalau ditanam memang senang membiak. Selain dimasak boleh je dimakan begitu sahaja, buat macam makan ulam. Harganya pon agak murah.

Kalau bosan makan sayur tumis air, boleh cuba kelainan buat sayur goreng crispy ni, hanya guna 3 bahan sahaja. Gaul dengan nasi putih memang sedap, silap-silap memang tak payah ada lauk lain. Menu bayam goreng ni juga sesuai untuk mereka yang kurang gemar makan sayur atau ulam-ulaman.

Bayam goreng crispy ni boleh makan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Kalau sis buat bayam goreng crispy ni tak payah simpan lama memang cepat habis. Buat kudapan ketika sambil menonton tv memang tak sedar, rasa macam kerepek walaupon sebenarnya sayur. Anak-anak pon pasti suka bayam goreng ni.

bayam goreng

 

Bahan-bahan bayam goreng crispy

  • Bayam secukupnya
  • Tepung bestari spicy
  • Tepung beras
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Cara-cara membuatnya

  1. Cuci bersih sayur bayam dan toskan. Ambil bahagian daunnya sahaja.
  2. Campurkan dan gaul tepung bestari spicy, tepung beras, serbuk perasa jika suka. Nisbah sukatan 1 cawan tepung bestari 1/3 cawan tepung beras.
  3. Taburkan adunan tepung yang telah di campurkan tadi ke atas bayam. Gaul sedikit supaya bahan sebati dan adunan tepung melekat pada bayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng bayam-bayam yang telah disalut tepung sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Sejukkan dahulu bayam goreng ini baru disimpan dalam bekas kedap udara.
  6. Bayam goreng crispy siap untuk dinikmati.

Nota

√ Seeloknya campur tepung bestari dengan sedikit tepung beras, pengalaman sis kalau tak campur rasa bayam goreng akan sedikit masin.

√ Tak payah letak telur, nanti bayam goreng akan jadi berminyak dan kerangupannya pon tak akan tahan lama.

√ Selain bayam boleh juga bermacam jenis sayur seperti guna daun pegaga, terung yang dihiris nipis,cendawan dan sebagainya.

 

Leave a Comment