Selain menggunakan isi ayam segar boleh juga digantikan dengan isi ayam cincang,daging burger dan daging cincang.Kunci kepada kesedapan tauhu begedil ayam ini adalah kuah kicapnya yang padu.Selain intinya yang cukup serba serbi rasanya.
Menu ini sesuai dijadikan kudapan pada bila-bila masa,atau ketika kita tidak mahu mengambil makanan yang terlalu berat.Sis kongsikan resepi yang tauhu begedil ayam dan sambal kicap yang boleh dicuba dirumah.
BAHAN-BAHAN TAUHU BEGEDIL AYAM
•Tauhu kering
•5 biji ubi kentang (hiris nipis dan goreng kemudian tumbuk lumat)
•Isi ayam(cincang)
•Daun sup
•Serbuk lada sulah
•1 biji bawang holland (cincang)
•Minyak masak
•Garam secukup rasa
•2 biji telur
CARA-CARA MEMBUAT TAUHU BEGEDIL AYAM
°Panaskan minyak tumis bawang holand hingga naik bau.Kemudian masukkan ayam yang dicincang goreng hingga isi ayam masak.
°Kemudian masukkan serbuk lada sulah dan daun sup.Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.
°Seterusnya masukkan bahan isi ayam ini kedalam kentang yang sudah digoreng dan lenyekkan biar semuanya sebati.Taburkan sedikit garam dan kacau hingga semuia bahan mesra.
°Gunting tengah tauhu dan keluarkan sedikit isinya.Bulatkan bahan-bahan ayam dan kentang tadi kemudian isi ke dalam tauhu.Buat sehingga semua tauhu dan isi ayam habis.
°Pecahkan telur kedalam mangkuk,masukkan sedikit garam dan pukul telur.Tidak perlu sampai kembang cukup sekadar garam dan telu sebati.
°Panaskan minyak secukupnya,celup tauhu kedalam bancuhan telur dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan.Angkat dan toskan.Ulangi langkah ini sehingga habis.Tauhu begedil ayam siap untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP
•Cili padi hijau ( ikut kepedasan yang diinginkan)
•4 biji bawang merah
•5 ulas bawang putih
•Kicap lemak manis
•Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK SAMBAL KICAP
°Panaskan minyak dan goreng cilipadi,bawang merah dan bawang putih hingga layu.Tutup kuali kerana biasanya bahan ini akan sedikit meletup.
°Angkat dan kisar bahan goreng ini bersama dengan kicap lemak manis dan sedikit garam.Jika suka letakkan serbuk perasa.
°Sambal kicap siap dihidangkan bersama tauhu begedil tadi.Taburkan daun sup diatas tauhu begedil ayam sebagai hiasan.Letakkan juga cili padi jika ingin menambah rasa pedas yang kaw..