Resepi Kek Butter Lembut Dan Gebu

Kek butter atau kek mentega ni antara memang resepi lejen. Kalau hari raya memang wajib hidangkan kek butter ni untuk para tetamu. Kek ni lebih sedap kalau buat manis-manis buah sahaja, cicah pulak dengan kopi atau teh o. Sesuai juga untuk hidangan minum petang.

Kunci utama kepada rasa kek butter yang sedap mestilah pemilihan butter atau mentega. Pilih butter premium sahaja, selain itu telur yang digunakan juga haruslah segar selain tepung perlu diayak ringan terlebih dahulu.

Jika gunakan mentega unsalted, tambah sedikit garam halus untuk menaikkan rasa  pada kek butter. Sis guna pure butter jenama lurpak. Sedap jenama ni, rasa dan keharuman bau dia memang premium. Tepung pula sis guna tepung naik sendiri jenama blue key. Tak perlu tambah baking powder lagi.

 

Bahan-bahan kek butter

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 180 gram gula kastor
  • 250 pure butter lurpak
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80 ml susu full cream

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul butter dan gula kastor dengan mixer sehingga kembang dan bertukar warna menjadi putih kuning. Mula dengan low speed kemudian baru gunakan high speed.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan, pukul perlahan sehingga kembang sebati.
  3. Seterusnya masukkan tepung dan kacau sebati menggunakan spatula sahaja.
  4. Letak esen vanilla dan susu full cream, kacau sebati semuanya.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter dan dialas dengan kertas baking.
  6. Tuang kesemua adunan ke dalam loyang, ratakan dengan spatula kemudian hentak sedikit untuk mengeluarkan angin supaya permukaan kek rata dan padat.
  7. Bakar dengan suhu 160-170C, api atas bawah selama 50 minit ke1 jam bergantung kepada jenis oven anda.

Nota

♠ Sebelum membakar kek, panaskan oven terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit.

♠ Kalau guna tepung gandum biasa, ayak dahulu dengan baking powder.

♠ Test kek dengan lidi sate. Kalau lidi bersih maknanya kek sudah masak. Kalau lidi basah maknanya kek belum masa sepenuhnya.

Tunggu kek sejuk dahulu barulah dipotong supaya hasil potongannya lebih cantik.

Leave a Comment