Udang goreng kunyit ni ini sungguh sedap jika dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Kalau udang dikopek kulitnya siap-siap lagi sedap meratah udang yang sedap manis ini.
Resepi ini walaupon simple tapi tetap boleh membangkitkan selera anak-anak atau orang dewasa. Jom kita lihat resepi mudah ini.
Bahan-bahan udang goreng kunyit
- 10 ekor udang sazi besar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu sos tiram
- 1 biji bawang merah (hiris nipis)
- 1 biji bawang putih ( hiris nipis)
- 1 biji bawang holland ( hiris bulat)
- Cili padi
- Cili merah
- Kacang panjang ( potong anggaran 1 1/2 inci)
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa
- Minyak masak
Cara-cara membuatnya
º Bersihkan udang kemudian toskan dahulu. Kemudian gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit, perap seketika.
º Panaskan minyak goreng udang yang diperap tadi sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan dahulu.
º Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cilipadi hingga naik bau. Guna minyak yang digunakan untuk menggoreng udang tadi.
º Selepas itu masukkan sos tiram, bawang hooland dan cili merah.Letakkan juga kacang panjang dan goreng hingga sedikit layu.
º Masukkan udang dan serbuk perasa gaul sebati semua bahan dan boleh matikan api. Angkat dan toskan minyaknya.
Udang goreng kunyit siap untuk dihidangkan.