Resepi Spagetti Aglio Olio Mudah dan Senang

 

Spagetti ni biasanya kalau makan di restoran atau cafe memang boleh tahan juga harganya.Jadi lebih baik kita buat sendiri dirumah.Boleh makan satu keluarga dan pastinya boleh makan sepuasnya.Nak buatnya pun sangat mudah tidak mengambil masa yang lama.

Spagetti ni ada  bermacam jenis resepinya. Untuk resepi spagetti aglio olio ini sis gunakan sotong dan udang sahaja.Tapi anda juga boleh sahaja masukkan apa-apa seafood ataupon ditambah sosej kegemaran.

Sedikit tips ketika merebus spagetti mesti tunggu air rebusan mendidih baru masukkan spagetti.Tujuannya supaya spagetti tidak  lembik diluar tapi didalamnya masih keras.

Semasa merebus biarkan spagetti lembut sedikit barulah dikacau untuk meleraikannya supaya tidak melekat.Jangan dikacau terlalu kuat dan kerap kerana spageti boleh patah.

Letakan juga sedikit minyak zaitun ketika merebus spagetti supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.Kalau tiada minyak zaitun boleh sahaja menggunakan minyak masak.

Sis kongsikan satu resepi spagetti aglio olio mudah dan simple yang boleh dicuba dirumah.Jom kita lihat resepi.

BAHAN-BAHAN

•1 bungkus spaghetti

•Udang

•Sotong

•5 ulas bawang putih (cincang halus)

•Cili benggala ( hiris sederhana nipis)

•Cendawan (potong slice)

•Tomato ceri

•Daun parsli

•1-2 sudu chili flakes/cilikering

•Air rebusan spaghetti 1/2 cawan

•1 ketul kiub ayam

•Minyak zaitun

•Garam

CARA MEMBUAT SPAGETTI AGLIO OLIO

°°Didihkan air rebusan secukupnya,masukkan 1 paket spagetti kedalamnya bersama 2 sudu minyak zaitun.

°°Bila spagetti telah masak toskan airnya.Jangan lupa simpan sedikit air rebusan.

°°Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan chili flakes masak sehingga sedikit garing.Kalau suka pedas lebihkan chili flakes atau boleh ditambah cili kering yang digunting.

°°Masukkan Udang,sotong,cili benggala dan cendawan yang dipotong.Kacau sekejab hingga udang dan sotong masak.Letakkan juga kiub ayam jika suka..

°°Kemudian masukkan spagetti bersama sedikit air rebusan dan gaul hingga semuanya sebati.Untuk mengelakkan spagetti putus sis akan gaul spagetti dan bahan tumis menggunakan penyepit sahaja.

°°Perasakan spagetti dengan garam secukup rasa.Jika suka boleh ditambah serbuk perasa.Angkat dan taburkan dengan daun parsley sebelum dihidangkan.

Siap untuk dinikmati.

Leave a Comment