Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Menu ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana hanya gunakan teknik kukusan dan tak diletakkan setitik minyak masak pon. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet atau individu yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Siakap stim ala thai ini selalunya dihidangkan bersama nasi putih, telur dadar, sayur kailan ikan masin dan ditambah sambal belacan. Jika di kedai-kedai masakan thai biasanya hidangan ikan siakap dijual secara set di mana boleh dimakan lebih tiga orang,

Resepi siakap stim limau ini sangat mudah untuk disediakan. Jom kita lihat resepi mudah ini.

Bahan-bahan siakap stim ala thai

  • Seekor ikan siakap
  • 3 biji limau nipis
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 3 biji padi merah
  • 3 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih (cincang kasar)
  • 1 biji bawang merah (hiris bulat)
  • Hirisan daun ketumbar
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu gula putih
  • Sos ikan

Cara-cara kukus ikan siakap

♥Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

♥ Masukkan ikan ke dalam periuk pengukus, kukus ikan selama 10 minit atau sehingga ikan masak. Sementara menunggu ikan masak, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan nanti.

Cara-cara buat kuah siakap limau ala thai

♥ Panaskan air kedalam kuali, masukkan bawang putih dan kiub pati ayam. Masak sehingga mendidih.

♥ Kemudian masukkan sos ikan,hirisan bawang merah, gula, cili padi hijau, cili padi merah dan perahan jus limau nipis. Kacau seketika sehingga semua bahan sebati.

♥ Rasa dahulu kuah, jika ada rasa yang terkurang boleh ditambah sedikit. Jika kuah termasin boleh tambah sedikit air. Tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang di stim tadi.

♥ Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 2 minit. Selepas itu boleh matikan api.

♥ Taburkan hirisan daun ketumbar, letakkan juga beberapa hirisan limau nipis di atas ikan siakap stim sebagai hiasan selain boleh diperah untuk menambah rasa.

Ikan siakap stim limau ala thai siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment