Resepi Nasi Goreng Cina Simple Dan Mudah

Hari ini sis kongsikan resepi nasi goreng cina versi simple yang boleh dicuba di rumah. Ada lebihan nasi semalam dan pagi ini sis buat nasi goreng cina untuk sarapan. Sis suka sebab nasi goreng cina ni sedap dan nak buat pon senang.

Untuk resepi nasi goreng cina ini, sis cuma letak sedikit isi ayam, telur dan sayur campur frozen sahaja. Tapi kalau anda suka boleh sahaja tambah apa-apa lauk seperti seafood atau sayuran segar.

Kebetulan ada keropok keping yang sis beli waktu balik kelantan hari tu. Jadi sis sajikan bersama nasi goreng cina ini. Kat rumah sis ni memang selalu ada stok keropok keping. Kalau tak balik kampung pon sis selalu beli online sahaja. Keropok keping ni wajib kalau buat nasi goreng.

Untuk memasak nasi goreng tips paling penting ialah mesti guna nasi yang telah sejuk. Kalau guna nasi panas, nasi tak akan berderai cantik. Makan pon boleh cepat muak. Biasanya kalau sis nak buat nasi goreng tapi nasi baru tanak, sis akan masukkan sekejap ke dalam peti ais lebih kurang 10 ke 15 minit.

Resepi nasi goreng cina sis ini sis letak sedikit serbuk kunyit di dalam nasi putih. Tujuannya biar nasi ada warna sedikit dan rasanya akan sedikit berbeza dari biasa. Letak hujung-hujung sudu sahaja. Memang menambah kelazatan nasi goreng. Resepi ini sesuai untuk hidangan 1 ke 2 orang.

 

 

Bahan-bahan nasi goreng cina

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • Isi ayam (potong kecil)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • Sayur campur frozen
  • Garam dan serbuk Perasa
  • Minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara membuatnya

Tabur sedikit serbuk kunyit ke atas nasi putih dan gaul sebati. Ketepikan dahulu.

Tumbuk kasar bawang merah,bawang putih dan cilipadi. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili padi.

Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan dikacau hingga masak.

Pecahkan telur, goreng hingga telur masak. Selepas itu masukkan sayur campur dan goreng sekejap.

Masukkan nasi dan goreng sehingga semua bahan sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

Nasi goreng cina siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment