Resepi Mee goreng Mamak

Mee goreng mamak ni sis guna ayam goreng seringgit yang dibeli dari kawasan perumahan sis. Campur bahagian isi dan tulang dan sis potong menjadi 2 ke 3 bahagian. Saiz ayam goreng seringgit sekarang pom dah tak sama macam dulu-dulu. Tapi sis faham dengan kenaikan harga bahan mentah pada zaman sekarang.

Kalau nak lebih sedap memang wajib perah limau kasturi atas mee goreng mamak ni. Kacau biar jus meresap ke keseluruhan mee dulu baru makan.

Mee goreng mamak ni memang antara kegemaran sis kalau berkunjung ke kedai mamak. Sis memang lebih suka pesan masakan panas begini berbanding nasi campur. Kalau nak makan nasi campur sis lebih suka ke restoran melayu sahaja, menunya pun lebih kena dengan tekak.

Kalau nak mee goreng lebih meriah boleh tambah tauhu lampung, cucur tepung, atau ubi kentang goreng. Kalau ada ayam goreng mamak atau ayam goreng berempah pun lebih baik. Sis ada kongsikan kedua resepi ayam goreng ini dalam entry sebelumnya. Ada juga yang letak sedikit serbuk kari sebagai penambah rasa.

Bahan-bahan mee goreng mamak

  • 1 Paket mee kuning (cuci dan toskan)
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sudu cili kisar/ cili boh
  • Ayam goreng
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • Kicap
  • Sos cili
  • Sayur sawi (potong ikut suka)
  • Fish cake
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

º Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cilipadi sehingga garing. Masukkan cili kisar tumis hingga naik minyak. Masukkan fish cake kacau sebati.

º Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan kacau sekejap, masukkan mee kuning dan kacau rata dengan api besar. Setelah itu, pecahkan telur dan kacau hingga semua telur dan mee sebati.

º Masukkan garam secukupnya dan tambah serbuk perasa jika suka. Akhir sekali masukkan sawi dan ayam goreng yang telah dipotong kecil. Kacau sedikit hingga sawi layu dan boleh tutup api

º Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan limau kasturi. Siap untuk dinikmati.

 

 

Leave a Comment