Bahan-bahan ayam goreng kunyit yang sis sediakan ini untuk 2 ke 3 orang makan. Nak masak ayam goreng kunyit ni pom sangatlah mudah, kurang dari 20 minit dah boleh siap. Nak lebih sedap perap dulu sekejap bahan ayam yang digaul dengan tepung dan serbuk kari. Tapi kalau tak perap pon sedap juga.
Untuk menyedapkan hidangan ayam goreng kunyit ini makan bersama nasi panas ditambah sambal belacan dan kicap. Kalau di kedai masakan thai biasa boleh minta tambah sup kosong. Menu ayam goreng kunyit ini memang menjadi kegemaran ramai, tak kira kanak-kanak mahu pon orang dewasa.
Kalau ikit cara sis, sis akan campur bahagian isi ayam dan tulang. Potong kecil sahaja supaya ayam lebih cepat masak. Nak tambah sedap sebelum makan boleh perah dahulu sedikit limau nipis atau limau kasturi.
Ayam goreng kunyit ini memang sangat digemari oleh kanak-kanak mahupon orang dewasa. Menu ini pernah viral dulu. Sis masih ingat lagi waktu itu banyak kedai tepi jalan yang menjual menu ayam goreng kunyit ini. Memang laku keras.
Ayam goreng kunyit ni sedap juga kalau makan dengan nasi goreng. Jom kita lihat resepi mudah ini.

Bahan-bahan ayam goreng kunyit
- 300 gram ayam ( potong kecil)
- 1 sudu serbuk kunyit
- 2 sudu tepung beras
- 2 sudu tepung jagung
- 1 sudu serbuk kari daging
- 1 biji bawang holland (potong bulat)
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi hijau
- 2 biji cili merah
- Kacang panjang/ carrot
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak masak
Cara-cara membuat ayam goreng kunyit
♥ Cuci bersih ayam dan toskan, campurkan tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan serbuk perasa.
♥ Gaul sebati semua bahan ini dan perap selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam.
♥ Apabila ayam hampir masak, masukkan bawang holland, bawang putih, cili padi dan cili merah. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili padi.
♥ Goreng sehingga bawang dan cili layu kemudian masukkan kacang panjang kacau seketika dan boleh matikan api.
♥ Ayam goreng kunyit siap untuk dihidangkan.