Assamualaikum dan hai semua.
Sesekali pasti kita juga ingin bertukar selera kan, jadi bolehlah dibuat resepi ini. Menu berasaskan telur masin terkenal di restoran-restoran cina muslim. Tidak perlu bersusah ke restoren kerana menu ini agak senang untuk disediakan.
Selain dari udang,boleh sahaja gunakan apa-apa jenis seafood seperti ketam dan sotong. Ayam juga tidak terkecuali,semua bergantung kepada selera dan keinginan anda.
Resepi ini sebenarnya hampir menyamai udang/ayam butter. Cuma perbezaannya resepi ini menggunakan telur masin. Walaupun begitu,rasanya tidak sama ye. Secara peribadinya saya lebih menyukai menu ini kerana keenakan telur masin itu sendiri. Jom kita lihat bahan-bahan untuk resepi ini.
BAHAN-BAHAN
•1/2 kg udang
•Sedikit tepung jagung
•1 sudu serbuk kunyit
•1 1/2 cawan susu full cream(kurangkan jika tak suka kuah)
•5 ulas bawang putih – racik halus
•1/2 biji bawang holland – dipotong dadu
•1 tangkai daun kari
•2 biji cili merah-potong nipis
•3 biji cili padi-potong nipis
•5 biji telur masin-rebus dan hancurkan kuning sahaja
•2 keping cheese
•3 sudu besar mentega/marjerin
•Sedikit garam
CARA-CARA
1. Udang disalut dengan tepung jagung,serbuk kunyit dan sedikit garam lalu digoreng sehingga berubah keemasan. Setelah siap ketepikan dahulu.
2. Untuk kuah pula, panaskan kuali letak sedikit minyak dari gorengan udang tadi bersama mentega.
3.Bawang holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili merah dan cili padi merah ditumis hingga naik bau. Cili padi merah boleh dilebihkan jika suka pedas.
4. Masukkan telur masin kuning yang telah dilumatkan dan kacau hingga nampak seakan berbuih. Setelah itu tambah susu full cream. Biarkan ia mendidih sambil dikacau sesekali.
5. Bila kuah mula memekat,masukkan cheese slice. Kebiasaanya saya akan membiarkan ia sedikit basah berkuah. Bila cheese sudah mencair letakkan udang tadi. Gaul sekejap dan bolehlah ditutup api.
Siap untuk dihidang.