Resepi Udang Goreng Kunyit

Udang goreng kunyit adalah antara menu yang paling mudah untuk disediakan.Tidak memerlukan bahan yang banyak,hanya beberapa bahan sahaja dan boleh ditambah sayuran-sayuran mengikut selera.

Untuk yang tak punya banyak masa didapur boleh dicuba resepi ini.Orang kata 2 in 1,tak payah masak sayur asing.Makan bersama nasi putih panas letak sedikit kicap lemak manis memang sudah cukup nikmat.

BAHAN-BAHAN UDANG GORENG KUNYIT

•1/2 kg udang

•1 sudu serbuk kunyit

•1 biji bawang merah (racik halus)

•2 ulas bawang putih (racik halus)

•1 biji bawang holland (potong bulat)

•1 sudu sos tiram

•3 biji cili padi

•1 biji cili merah ( hiasan)

•Minyak untuk menggoreng

•Garam dan serbuk peras

•Kacang panjang/carrot/bunga kubis

CARA-CARA MEMBUAT UDANG GORENG KUNYIT

°°Bersihkan udang dan toskan,kemudian gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit.

°°Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak.Angkat dan ketepikan dahulu.

°°Kemudian tumiskan bahan merah, bawang putih,cili padi dan cili merah yang diracik sehingga naik bau.Gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng udang tadi.

°°Masukkan sos tiram dan  bawang holland.Letakkan juga kacang panjang dan masukkan udang yang digoreng tadi.

°Perasakan dengan serbuk perasa jika suka,kacau sehingga kacang panjang sedikit layu dan boleh matikan api.

Siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment