Resepi Sambal Kerang ( Sedap Dan Padu)

Sambal memang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat kita.Ia menjadi pelengkap kepada hidangan seharian kita dan menambahkan kelazatan sesuatu makanan.Boleh dikatakan tidak lengkap hidangan harian tanpa ada sambal di dalam pinggan.

Kerang pula memang sedap dan ngam jika dibuat sambal kerana rasanya yang lemak manis masin.Lebih sedap jika dapat kerang yang fresh dan isinya besar-besar.Kalau teringin nak makan kerang ini memang kena ke pasar pagi-pagi lagi,sebab selalunya kerang memang cepat habis.

Ada kerang yang dah siap dikopek dan yang dijual sejuk beku juga banyak.Yang sudah dikopek dan disejuk beku memang sangat menyenangkan lepas defrost boleh terus digunakan.Tapi yang disejuk beku rasanya pastilah tidak sama dengan kerang segar.Kerang ni sangat bagus untuk tambah darah lagi-lagi untuk ibu hamil.

Sambal kerang ni sedap kalau diambil bersama nasi lemak pada waktu pagi. Selain dimakan bersama nasi putih atau pulut kuning juga sangat sedap.

Sedikit tips jika tak nak sambal terlalu pedas gunakan cilikering yang gemuk berkilat tu. Cilikering jenis ini memang tak pedas dan boleh dimakan oleh anak-anak.

Biasanya sis akan mencampurkan dua jenis cili kering iaitu cilikering gemuk dan cilikering kerinting.Kiranya 60% cilikering gemuk 40% cilikering kerinting.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SAMBAL KERANG

•Isi kerang

Cuci bersih kemudian rebus kerang selama 10 minit.Sejukkan seketika kemudian boleh dikopek isinya.

UNTUK SAMBAL

•*Cili kering (gunting kecil,rebus dan toskan)

•*3 biji bawang merah

•*3 ulas bawang putih

•*1 inci halia

Kisar bahan bertanda*

•Air asam jawa

•Bawang holland (hiris bulat)

•Garam dan gula

•Serbuk perasa

•2 sudu sos cili

•Minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT SAMBAL KERANG

°Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi tumis hingga naik bau dan sambal pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa dan sos sili.

°Pastikan sambal benar-benar masak kemudian masukkan kerang kedalam sambal. Selepas itu masukkan garam,gula dan serbuk perasa kalau suka.Masukkan juga bawang holland sebagai hiasan .

°Kacau sebati  dan bolehlah ditutup api.Jangan masak terlalu lama sebab kita dah rebus kerang tadi.Kalau terlebih masak takut kerang hilang rasa juicy nya.

Sambal kerang siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment