Resepi Perut Lembu Air Asam Kelantan

Assalamualaikum Dan Hai.

Resepi perut lembu yang dicicah dengan air asam sememangnya menu amat popular. Menu ini menjadi menu  wajib terutamanya ketika hari raya korban di pantai timur, khususnya di negeri kelantan dan terengganu.

Kombinasi rasanya yang masam, masin, pedas dan tidak memuakkan pastinya mengundang selera ramai. Selalunya perut lembu menjadi rebutan tak kira samaada ketika hari raya korban atau diberi percuma ketika hari raya korban.

Proses membuat perut lembu air asam tidaklah susah tapi memerlukan sedikit kesabaran dan kerajinan.Ini kerana proses mencuci usus lembu itu agak rumit. Ia perlu dicuci dengan air kapur dan perahan limau nipis untuk menghilangkan sisa najis dan bau.

Bahan-bahan

  • Perut lembu (anggaran 1 kg)

Selepas dicuci bersih rebus sehingga empuk. Sejukkan seketika kemudian hiris perut lembu nipis-nipis. Air rebusan mesti ditinggalkan sedikit untuk dibuat kuahnya.

  • Cilipadi (potong nipis ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • Sedikit belacan
  • Limau nipis (perah jusnya)
  • 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 sudu asam jawa

Cara membuatnya

Ambil perut yang direbus tadi dan masukkan kesemua bahan diatas, gaul hingga sebati. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Boleh juga ditabur hirisan daun ketumbar sebagai hiasan.

Perut lembu air asam siap untuk dihidangkan.

*Perut lembu kaya lemak tepu dan kolestrol. Jadi beringatlah dengan kuantiti pengambilannya.

 

 

 

 

 

Leave a Comment