Resepi Kerutuk Daging Kelantan

Assamualaikum Dan Hai Semua.

Resepi kerutuk daging ini sangat popular di kelantan.Ia sering dihidangkan untuk majlis-majlis istimewa seperti kenduri  dan majlis kesyukuran.Sesuai dihidangkan bersama nasi minyak,nasi hujan panas mahupun nasi putih.

Masakan kerutuk adalah pertengahan diantara gulai dan rendang.Kalau gulai ia akan sedikit cair manakala rendang teksturnya lebih pekat.Kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Untuk resepi ini saya menggunakan daging lembu.Kalau anda menggunakan ayam rsesepi ini juga boleh digunakan.Jom saya kongsikan resepi istimewa dari negeri cik siti wan kembang ini.

BAHAN-BAHAN

•1 kg daging(potong seperti buat rendang)

•*5 biji bawang merah

•*4 ulas bawang putih

•*1 inci halia

•*1/2 inci lengkuas

•*10 tangkai cili kering(gunting halus,rebus dan toskan)

•*1 sudu jintan manis

•*1/2 sudu jintan putih

•*1 sudu ketumbar

*Kisar bahan bertanda

•1 batang serai(diketuk)

•Gula melaka

•2 cawan santan

•Rempah 4 sekawan

•3 sudu kicap pekat

•Garam  secukup rasa

•2 keping asam gelugor

•1 sudu kerisik

•3 sudu rempah kerutuk (saya beli rempah timbang dari kelantan,jika ditempat anda sukar mendapatkannya ,boleh dapatkan di platfrom shoppe atau lazada, paling senang guna sahaja jenama adabi)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1)Panaskan minyak,masukkan rempah 4 sekawan, serai diketuk dan tumis hingga seketika. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau. Minyak boleh diletakkan lebih sedikit untuk rasa yang lebih sedap dan rempah cepat masak.

2)Masukkan rempah kerutuk bersama 1 cawan air untuk dijadikan pes, tumis hingga pecah minyak. Gunakan api kecil sahaja kerana dikhuatiri rempah hangit yang akan pastinya memberi rasa pahit pada daging kerutuk nanti.

3)Selepas itu,masukkan hirisan daging tadi.Masak hingga daging empuk. Tambah lagi air jika daging  terlihat kering.

4)Bila daging sudah empuk,masukkan santan dan asam gelugor. Biarkan mendidih seketika lalu masukkan kerisik,gula melaka dan garam secukup rasa.

5)Masukkan juga kicap pekat, kacau perlahan hingga masak sempurna. Tujuan kicap diletakkan adalah untuk memberi warna sedikit kehitaman selain menaikkan rasa.

6)Bila air nampak kering dan kuah memekat sempurna bolehlah ditutup api. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam timun serta sambal jantan.

Daging kerutuk siap untuk dihidangkan.

 

Leave a Comment