Assalamualaikum dan hai semua.Resepi daging paprik seringkali menjadi pilihan tatkala berkunjung ke kedai masakan panas thai.Keunikan masakan ini boleh dipelbagaikan samaada daging,ayam ataupon seafood.
Lebih istimewa juga sayuran untuk menu ini boleh diletakkan mengikut citarasa dan bajet kita.Untuk mereka yang kekurangan masa didapur ini juga boleh mencuba resepi ini.Tidak perlu berkali membasuh periuk kuali kerana didalam menu ini sudah terdapat protein dan sayur-sayuran.Selain aroma rasa kuahnya yang wangi dari daun limau purut dan serai.
Di kedai-kedai masakan panas thai menu ini selain dimakan bersama nasi putih sedap juga dimakan dengan nasi goreng dan ditambah pula dengan sup kosong.
Jom kita lihat resepi mudah untuk dicuba dirumah kita.Pasti sangat digemari oleh para suami tercinta dan anak-anak.
Bahan-bahan
•1/2 kilo daging (cuci bersih dan potong sederhana tebal dan direbus hingga empuk,simpan sedikit air rebusan untuk kuah nanti)
•3-4sudu cili kering dikisar/ciliboh
•4 sudu sos cili
•1 sudu sos tomato
•Sedikit kicap manis
•2 sudu sos tiram
•Sos ikan
•3 ulas bawang putih-di ketuk
•2 biji bawang merah-diracik halus
•1biji bawang holand-potong bulat
•Daun limau purut
•1 biji tomato-belah empat
•2 batang serai-diketuk
•Cili merah untuk hiasan
•Garam gula dn perasa secukupnya
•Sayuran pilihan-carrot,babycorn,bunga kubis
Cara membuat daging paprik ala thai
°Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Masukkan serai yang telah diketuk bersama bawang merah,bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
°Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan tunggu hingga pecah minyak.
°Masukkan cili sos,sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap manis.Kicap jangan dimasukkan terlalu banyak cukup sekadar memberi sedikit warna meroon.
°Masukkan sedikit air dan daun limau purut.Kacau dan tunggu hingga pecah minyak sekali lagi.
°Masukkan daging yang telah direbus bersama sedikit air rebusan daging tadi.Letak beberapa titis sos ikan.
°Bila air sedikit kering masukkan sayur-sayuran dan tomato.Kalau suka berkuah boleh dilebihkan air.Masukkan bawang holand dan cili merah.
°Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa.Garam dan gula jangan dimasukkan terlalu banyak kerana sudah ada manis dari kicap dan masin dari sos-sos yang digunakan.
Daging paprik ala thai siap untuk dihidangkan.