Resepi ayam telur masin ni antara menu kegemaran sis. Kerap juga sis masak menu ni, rasanya memang agak unik dan sedap. Bau wangi daun kari ditambah pula dengan rasa lemak masin dari telur kuning yang dimasukkan.
Paling penting kalau nak buat menu ayam telur masin ni mesti guna telur masin yang fresh dan belum rosak. Barulah tak ada bau-bauan pelik yang boleh membantutkan selera.
Menu ayam telur masin ni memang susah nak dapat kat kedai makan atau restoran melayu. Dulu ofismate sis selalu tapau dari restoran chinese, memang bau dia semerbak wangi. Sejak hari tu memang sis cari resepi dan masak sendiri dirumah. Mudah rupanya menu ni, bahan-bahan yang digunakan pon senang nak cari.
Disebabkan menu ayam telur masin ni lah sis tanam sendiri daun kari di rumah, bila-bila masa teringin senang boleh terus petik dan masak. Kadangkala kalau cari di pasaraya pon selalu juga tak ada stok. Biasanya kedai runcit india sahaja yang selalu jual daun kari ni.
Bahan-bahan ayam telur masin
- 200 gram ayam
- 5 biji telur masin
- 3 biji bawang putih (racik halus)
- 1 sudu besar butter/ marjerin
- 1-2 tangkai daun kari
- Cili padi (potong halus)
- 200 ml fresh milk/ susu sejat
- Serbuk kunyit
- Tepung beras/ tepung jagung
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa
- Minyak masak

Cara-cara membuatnya
- Lumurkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan tepung berasa. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Rebus telur masin sehingga masak. Belah dua dan ambil bahagian kuningnya sahaja, lenyekkan atau tumbuk sehingga lumat.
- Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, letak butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga garing atau naik naik bau.
- Masukkan telur masin, kacau sehingga sedikit berbuih. Setelah itu boleh masukkan susu fresh milk kacau semua hingga sebati.
- Kemudian boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kalau suka berkuah masukkan sedikit air.
- Perasakan dan serbuk perasa dan garam jika perlu. Apabila semua bahan sebati dan kuah pekat seperti yang dimahukan boleh matikan api.
- Ayam masak telur masin siap untuk dihidangkan.