Beberapa tahun lepas menu ini pernah viral di facebook aisha syukor, sis pun mencuba resepi ini dirumah. Menu ini terus melekat dan menjadi antara menu kegemaran sis sehingga ke hari ini.
Biasanya sis akan letak air lebih sedikit sebab sis suka berkuah.Tapi bukan lah sampai cair, agak-agak sahaja.Sis suka menu ayam masak bali ini kerana rasanya pedas manis sikit, ada pula aroma wangi dari serai dan daun kari.
Lebih sedap bila isinya sangat berjuicy. Kena pula makan dengan nasi panas-panas, memang dah tak perlukan lauk yang lain.
Resepi ayam masak bali ini bukan hanya sedap dimakan bersama nasi putih, tapi boleh juga dihidangkan bersama nasi-nasi kenduri yang lain. Nak buat ayam masak bali ini pun sangatlah mudah.
Sedikit tips yang sis baca dari facebook aisha shukor, sewaktu menggoreng ayam jangan masak sampai garing. Kita mahukan tekstur ayam yang berjuicy bukan kering di dalamnya. Suhu api juga perlu dijaga jangan disarankan guna api kecil atau sederhana sahaja.
Bahan-bahan ayam masak bali
- 1/2 ekor ayam
- 4 batang serai (dititik)
- Kicap manis
- Gula melaka
- Serbuk kunyit
- 3 tangkai daun kari
- Minyak masak
- 2 sudu besar cili kisar/ cili boh
- Garam dan serbuk perasa
Bahan-bahan kisar halus
- 4 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci belacan
- Cili padi (kalau tak suka pedas sangat tak perlu letak)
Cara-cara membuatnya
ºBersihkan ayam, potong kepada beberapa bahagian kemudian toskan. Gaul ayam dengan garam kunyit secukupnya, goreng ayam hingga separuh masak.
ºTumis serai dan daun kari hingga garing. Selepas itu masuk bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula cili kisar, masak hingga pecah minyak.
ºMasukkan gula melaka dan ayam kacau sekejab, masukkan sedikit air. Masukkan kicap manis, kicap ni agak-agak je, cukup setakat nampak macam meroon sikit.
ºPerasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau hingga semua bahan sebati.
ºBila kuah agak pekat dan pecah minyak boleh matikan api. Ayam masak bali siap untuk dihidangkan.