Resepi Ayam Goreng Berempah

Untuk entry kali ini,sis kongsikan resepi ayam goreng berempah yang sangat mudah untuk disediakan. Ayam goreng berempah selalunya akan dimakan bersama nasi kukus,satu hidangan terkenal dari kelantan.Selain itu,ayam goreng berempah juga selalu dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi kerabu.

Lebih sedap ayam goreng berempah ini jika ditaburkan sekali serdaknya diatas nasi.Rasanya rangup dan penuh aroma rempah ratus terutama rasa dari serainya.Sis juga sangat suka ayam goreng berempah yang dimakan bersama nasi lemak.

Kalau lalu di restoran atau warung tepi jalan yang menyediakan ayam goreng berempah ini,memang dari kejauhan sudah terbau harumnya.Memang menguji selera sungguh.

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG BEREMPAH

•1 ekor ayam (potong kecil)

•3 sudu tepung bestari ori ( boleh juga guna tepung jagung)

•1 biji telur

•2 sudu serbuk kari daging

•1 sudu serbuk cili

•1 sudu gula perang/putih

•1 sudu serbuk kunyit

•Garam dan serbuk perasa

•Minyak untuk menggoreng

•Daun kari

BAHAN KISAR

• 5 ulas bawang putih

•3 inci halia

•8 batang serai

•3 sudu jintan manis

•3 sudu ketumbar

CARA-CARA MEMBUAT AYAM GORENG BEREMPAH

°°Cuci ayam sebersihnya dan toskan.Masukkan serbuk kunyit dan bahan kisar gaul sebati.

°°Kemudian pecahkan sebiji telur,masukkan tepung bestari, serbuk kari daging,serbuk cili,serbuk kunyit dan gula perang.Gaul hingga semuanya sebati.

°°Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.Gaul sekali lagi supaya bahan-bahan lebih meresap kedalam isi ayam.

°°Rasa sedikit bahan rempah supaya cukup rasa rempah dan garamnya.Selepas itu,perapkan  ayam ini selama beberapa jam.Lebih sedap jika diperap semalaman.

°°Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.Minyak perlu diletak lebih sedikit biar melimpahi ayam yang digoreng supaya ayam lebih cepat masak dan tekstur ayam juga lebih rangup berjuicy.

°°Masukkan daun kari yang telah dicuci bersih.Gunakan api sederhana supaya ayam tidak hangit diluar sedangkan didalamnya masih mentah.Lebih elok tutup kuali ketika menggoreng supaya ayam lebih cepat masak.

°°Bila ayam sudah masak boleh angkat dan toskan minyaknya.Ulang sehingga ayam habis digoreng.

°°Baki bahan perapan boleh digoreng rangup dan tabur bersama ayam yang telah dihidang.

Ayam goreng berempah siap.

Leave a Comment