Assalamualaikum dan hai semua.
Selain dari gulai ayam untuk pilihan nasi berlauk pagi, gulai ikan tenggiri sangat popular di negeri pantai timur ini.Tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia bagaikan ‘signature’ bagi negeri kelantan darul naim.
Di kelantan ikan tenggiri dikenali dengan nama ikan ayo,jadi bila anda kesana sebut sahaja nasi berlauk gulai ikan ayo. Pergilah ke mana-mana pelosok negeri, pasti anda akan menjumpai menu ini terutama pada waktu pagi.
Selain dipadankan dengan nasi putih,ulam timun dan sambal jantan, Ia juga sering dihidangkan bersama nasi dagang.
BAHAN-BAHAN
•10 keping ikan tenggiri
•1 mangkuk santan(saya ambil dari sebiji kelapa)
•2 asam keping
•2 sudu rempah gulai darat
•1 sudu cili kisar/ciliboh
•Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK KISAR
•2 biji bawang besar
•5 ulas bawang putih
•2 inci kunyit hidup
•1 inci lengkuas
•2 inci halia
BAHAN HIASAN
•Timun
•Kacang panjang
•cili hijau besar
•Telur rebus( jika suka)
CARA-CARA
1)Basuh bersih ikan tenggiri rebus dengan 5-6 asam keping,5 inci lengkuas dihiris anggaran 2mm,dan segenggam garam kasar(boleh guna garam halus tapi kurangkan kuantiti kerana garam biasa lebih masin dari garam kasar). Pastikan air tenggelam melebihi paras ikan. Rebus sehingga air tinggal suku periuk. Ikan akan lebih sedap jika direbus sehari awal.
2)Tuangkan bahan kisar kedalam periuk,cili kisar,rempah gulai darat dan santan,masak seketika dengan api sederhana hingga terbit minyak.Pastikan selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
3)Bila kuah nampak menggelegak,masukkan ikan bersama air rebusannya sekali,kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.Masukkan asam keping dan bahan hiasan tadi.Perasakan dengan gula dengan garam,(saya letak garam sedikit je kerana ikan rebus sudah ada rasa masin).Bila semua sudah lengkap boleh tutupkan api.
Siap untuk dihidangkan.