Diam tak diam sudah hampir 2 tahun kita berhadapan dengan virus covid 19.Selama hampir 2 tahun ini juga bolehlah dikatakan tiada kenduri kendara lagi.Bukan hanya majlis perhahwinan tapi juga majlis kesyukuran, harijadi dan sebagainya.Kalau ada pun suasana tidak lagi seperti dulu.Tiada lagi kenduri besar-besaran ,cukup hanya dibuat kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.Pasti ramai yang merindui lauk di majlis kenduri ini kan.Jadi bolehlah dicuba resepi ini di rumah.
Daging masak hitam ini antara lauk yang sering dihidang bersama dengan nasi minyak.Selain itu ia juga sedap dimakan bersama nasi putih.Menu ini selain sesuai untuk dihidangkan di majlis-majlis istimewa,ia juga boleh dinikmati pada hari-hari biasa.Bahan untuk membuatnya juga mudah didapati didapur kita.Cuma mungkin memerlukan masa yang lebih sedikit,kerana daging mengambil masa untuk empuk kecuali jika kita menggunakan pressure cooker.
BAHAN BAHAN
•1 kg daging (potong nipis,bersihkan dan toskan)
•Segenggam cilikering(rebus dan kisar)
•Kicap pekat
•Kicap manis
**Gaul sebati bahan diatas dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
•Rempah 4 sekawan
•2 biji bawang merah(hiris nipis)
•2 batang serai(diketuk)
•Air asam jawa
•Garam dan gula
•Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
•5 biji bawang merah
•4 ulas bawang putih
•3 inci halia
•1 sudu kecil jintan manis
•1 sudu kecil jintan putih
• 1sudu kecil lada hitam
CARA-CARA
1) Tumis hingga wangi serai dan bawang merah yang dihiris tadi bersama rempah 4 sekawan.
2)Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan pecah minyak.Selepas itu masukkan daging yang diperap bersama sos cili lalu dikacau hingga semua bahan sebati.
3)Kacau seketika dan masukkan sedikit air.Tutup kuali supaya daging lebih mudah empuk.Tapi jangan lupa sesekali dibuka untuk dikacau supaya daging tidak hangit dibahagian bawahnya.Kalau air sudah kering tapi daging belum empuk bolehlah dimasukkan air dan direbus lagi hingga daging empuk.
4)Setelah itu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa(Kalau tak suka manis tak perlu masukkan gula kerana kita sudah guna kicap manis tadi)Masak hingga kuah agak pekat dan air sedikit kering. Bila daging cukup empuk bolehlah tutupkan api dan dihidangkan.