Telur masin memang menjadi penambah selera kepada beberapa hidangan untuk bubur nasi, nasi kerabu dan sebagainya. Bahagian kuningnya juga boleh diolah menjadi beberapa resepi yang enak seperti ayam telur masin.
Kalau beli di kedai kadang-kadang susah nak dapat stok. Harganya pun boleh tahan juga sekarang ni. Para penggemar telur masin boleh cuba resepi mudah ini dirumah. Hanya guna 3 bahan dan diperam beberapa hari sahaja.
Bahagian kuningnya kalau dibuat ratah pun sedap. Biasanya bahagian telur kuning tak begitu masin seperti bahagian putihnya. Kalau bulan ramadhan telur masin wajib ada terutamanya ketika bersahur. Telur masin ni biasanya menjadi hidangan menaikkan selera.
Nak buat telur masin sendiri di rumah ni senang sahaja. Ada beberapa cara membuat telur masin, sis kongsikan satu resepi mudah membuat telur masin.
Kalau ikutkan telur masin sedap guna telur itik, sebab bahagian kuningnya lebih besar. Tapi kalau tak ada guna telur ayam pun boleh.
Untuk resepi telur masin ini sis guna 10 biji telur sahaja. Cara buatnya sangat mudah dan ringkas.
Bahan-bahan membuat telur masin
- 10 biji telur itik/ ayam
- 1 bungkus garam halus
- 1 cawan cuka
- Air secukupnya
Cara membuatnya
º Telur ayam dicuci bersih untuk membuang segala kekotoran yang melekat pada kulitnya. Kemudian letak kedalam bekas yang sesuai.
º Rendam telur-telur ini di dalam 1 cawan cuka dan air secukupnya selama 5 minit. Pastikan air penuh sehingga ke paras telur. Masa ni air akan nampak sedikit berbuih.
º Selepas 5 minit kulit telur akan menjadi lembut, gosok-gosok sedikit guna jari. Masa ni kulit telur akan terkupas sikit, macam daki yang disental dari badan. Nanti kita dapat kulit telur yang bersih.
º Lap sedikit telur sedikit kemudian terus salutkan telur dengan garam halus. Golekkan sedikit biar semua sebati.
º Susun telur masin yang sudah disalut garam ke dalam bekas yang sesuai. Tutup rapat dan peram telur sekurang-kurangnya 8 hari.
º Selepas 8 hari boleh ambil telur cuci bersih dan rebus hingga masak.
Telur masin siap untuk dinikmati.