Assalamualaikum dan hai.
Menu ini adalah menu tradisi dan agak istimewa bagi masyarakat jawa terutamanya dinegeri johor dan selangor.Ia adalah satu menu yang ringkas tetapi amat sedap dan lazat.Tekstur serta kuahnya hampir menyamai rendang,cuma warnanya lebih kekuningan.
Boleh menggunakan ayam daging biasa,boleh juga menggunakan ayam tua.Cuma untuk ayam tua,masa memasaknya adalah lebih lama,
Untuk lebih sedap juga biasanya selepas siap dimasak ia akan dibiar seketika barulah dihidang.Cara ini membuat rempah ratusnya lebih menyerap dan sebati bersama ayam.
Ketika dimasak juga api harus dijaga,tidak boleh telalu besar kerana dikhuatiri ayam hangit diluar tetapi didalamnya mentah.Jom kita lihat bahan-bahannya yang sangat mudah dijumpai didapur anda.
Bahan-bahan
•1 sudu ketumbar
•1 sudu jintan manis
•1/2 sudu jintan putih
•1 inci halia
•1 1/2 inci kunyit hidup
•3 biji bawang merah
•4 ulas bawang putih
• 5-7 cili padi – lebihkan sekiranya ingin pedas
**Kisar kesemua bahan diatas
•1/2 ekor ayam
•Garam dan gula
•3 batang serai-dititik
•1/2 sudu serbuk kunyit-untuk warna yang cantik
•Minyak untuk menumis
•1 sudu kecil pes asam jawa adabi
•1/2 kotak kecil santan kara
Cara-cara
1)Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar bersama 3 batang serai yang dititik tadi.Masukkan juga sedikit kunyit serbuk bertujuan untuk menaikkan warnanya.Kalau tak nak letak pun tak apa sebab kita sudah gunakan kunyit hidup bersama bahan kisar tadi.Tumis hingga naik bau dan nampak pecah minyak.
2)Masukkan ayam dan gaul seketika hingga sebati.Tutup kuali lalu biarkan ia masak seketika dengan api kecil.Masukkan sedikit air,lebihkan jika suka berkuah.Kacau seketika dan tutup kuali tunggu hingga ayam separuh masak.Sesekali perlulah dibuka dan kacau perlahan kerana ditakuti ayam hangit dibahagian bawahnya.
3)Setelah mendidih masukkan pes asam jawa adabi dan santan. Untuk santan ini optional ye,ada yang letak dan ada yang tidak,tapi untuk saya lebih sedap letak untuk kuah yang pekat dan rasa yang lebih lemak.Tak perlu banyak cukup sekadar buat rasa-rasa sahaja.Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
4).Tutup kuali,masak sehingga kuah agak kering dan ayam telah empuk.Kalau nak berkuah, jgn masak terlalu kering.
Siap untuk dihidang.