Ayam Masak Merah Kenduri Style By Nurazi
Assalamualaikum dan Hai!
menu Ayam Masak Merah antara lauk kegemaran nurazi dan keluarga sebenarnya, selain dari sedap menyediakan lauk ini tidak rumit dan sangat mudah
bahan-bahan pula boleh dikatakan campak apa yang ada di dapur
hasilnya anak-anak pasti suka tau masakan ibu walau main campak!
Ayam masak merah juga boleh dikatakan antara menu wajib untuk majlis kenduri, perayaan, malah senang didapati di kedai-kedai makan melayu yang menyediakan nasi campur untuk santapan harian
Berbalik kepada resepi Ayam masak merah kenduri style by nurazi ini adalah olahan nurazi dari resepi ibu dan ibu mertua yang banyak menurunkan ilmu mereka, campur-campur maka terhasil lah menu yang simple dan sedap.InsyaAllah.
Sebelum itu di ingatkan pengawalan suhu masakan penting untuk menghasilkan ayam yang “Juicy” jadi gunakan api di tahap yang sederhana sahaja, ini juga penting supaya cili kering pecah minyak dengan sempurna.
Bahan-Bahan yang perlu disediakan: (5-6 orang makan)
*2 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
(kedua bahan bertanda * ini dicampur dan dikisar bersama)
1 ekor ayam (dipotong mengikut citarasa)
2 genggam cili kering (rebus dan kisar)
2 biji bawang merah ( dihiris halus)
1 biji bawang kuning/holland (dihiris bulat)
2 batang serai (diketuk)
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
halia (2 Inci)
3 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
garam dan gula
Cara Sediakan Ayam Masak Merah:
Lumur ayam dengan kunyit berserta garam, goreng separuh masak kemudian asing dan ketepikan,
panaskan minyak dari gorengan ayam tadi, masukkan bawang hiris dan halia yang diracik masak sehingga naik bau,
masukkan serai, bunga lawang, kulit kayu manis, tumiskan seketika, kemudian masukkan bawang kisar masak sehingga naik bau,
masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak,
masukkan sos cili, sos tomato dan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi, masukkan sedikit air dan masak hingga pecah minyak,
masukkan hirisan bawang holland, letakkan garam dan gula mengikut citarasa, dan siap!
angkat dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing untuk menampakkan keikhlasan kita dalam masakan, pasti suami dan anak suka bila masakan menarik kan,
minyak yang berlebihan tu jangan lupa buang ya, bukan apa kebiasaannya selepas masak ayam masak merah ni minyak nampak berlebihan dan meriah gitu,
bolehlah dibuang sedikit sebelum dihidang, selamat mencuba!