Resepi ayam masak kicap ini agak mudah disediakan. Bahan-bahannya juga agak senang didapati didapur kita. Dengan kuah yang pekat, manis dan berlemak pasti sangat digemari anak-anak.
Untuk rasa ayam masak kicap yang lebih sedap, sis akan menggunakan campuran kicap lemak manis dan sedikit kicap masin. Gabungan dua jenis kicap ini cukup memberi rasa manis, masin dan padu.
Ketika menumis bahan ayam masak kicap ini, kebiasaannya sis tak akan meletakkan garam lagi kerana sudah ada rasa masin dari ayam goreng dan sos yang digunakan.
BAHAN-BAHAN
•1/2 ekor ayam (lumur garam kunyit dan digoreng setengah masak)
•Kicap pekat manis
•Cilipadi 4-5 biji (ikut kepedasan sendiri)
•2 batang serai (diketuk)
•Sos cili
•Sos tomato
•Sos tiram
•Bawang holland (hiris bulat)
BAHAN UNTUK DIKISAR
•2 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 inci halia
•5 tangkai cili kering (direbus)
CARA-CARA
1)Panaskan minyak dari lebihan gorengan ayam tadi. Masukkan serai yang diketuk dan bahan kisar, tumis hingga naik bau.
2)Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram, cilimerah kacau seketika. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi dan sedikit air. Air jangan terlalu banyak sebab kita mahukan hasil kuah yang pekat berlemak.
3)Masak dengan api sederhana hingga nampak pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula.
4)Masukkan bawang holland, kacau dan biarkan layu seketika. Jika suka boleh juga diletakkan hirisan tomato sebagai hiasan.
Ayam masak kicap siap untuk dihidangkan.