Ayam masak berlado cili padi ,simple tapi cukup untuk membangkitkan selera dan membuat bertambah-tambah nasinya.Rasanya cukup rasa dengan masam manis masin pedas.Menu ini sesuai untuk mereka yang sibuk atau golongan bujang kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya.
Selain menggunakan ayam resepi ini juga boleh mengunakan ikan seperti ikan keli atau apa sahaja ikan kegemaran anda.Kalau menggunakan ayam biasanya saya lebih suka menggunakan bahagian dari paha,kepak atau thigt.Isi dari bahagian-bahagian ini lebih lembut,sedap dan lebih manis.Kalau guna isi dari bahagian dada biasanya lebih cepat muak dan kurang rasa manisnya,mungkin kerana isinya yang pejal.Sebab itulah bahagian dada ini sering menjadi pilihan untuk mereka yang berdiet,
Menu ini sangat senang dengan bahan -bahan yang pasti ada didapur.Simple tapi sedap terutamanya dimakan bersama nasi panas-panas,siapa yang tak suka kan.Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
•1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih dan toskan kemudian digaul dengan garam kunyit)
•Sedikit air asam jawa
•1 sudu makan Gula pasir
•Serbuk perasa
•Limau nipis(untuk diperah diatas ayam nanti)
Bahan tumbuk/blend
•3 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•10 biji cili padi merah
•10 biji cili padi hijau
*Tumbuk kasar guna bahan-bahan ini menggunakan lesung batu atau blendar kering.Cilipadi kalau suka pedas boleh lebih lagi.
Cara membuatnya
1) Ayam yang telah dipotong dan digaul kunyit tadi digoreng terlebih dahulu kemudian ketepikan.
2) Panaskan minyak dari gorengan ayam tadi kemudian tumis kesemua bahan yg telah ditumbuk kasar dan masak hingga agak garing sedikit.Pastikan cilipadi betul-betul masak untuk elak sakit perut.Ketika memasak gunakan api perlahan sahaja untuk mengelakkan cilipadi hangit.
3) Setelah itu masukkan sedikit air asam jawa, gula pasir dan serbuk perasa.Sesuaikan rasa,tambah garam hanya jika perlu sahaja.Biasanya ayam sudah ada rasa masin dan tidak perlukan garam lagi.
4) Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi.Masukkan sedikit sahaja air dan gaul ayam seketika tunggu hingga pecah minyak kembali.Jika suka berkuah bolehlah dimatikan api ketika ia masih basah. Kemudian bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.Perah limau nipis diatasnya untuk rasa yang lebih umphhhh.