Resepi Pulut Serunding Kelapa

Serunding kelapa ni boleh tahan lama kalau kena cara penyimpanannya. Ada banyak serunding kelapa yang dijual di pasaran, tapi lebih sedap jika kita buat sendiri. Kebiasaanya kalau balik kampung memang sis akan buat stok serunding kelapa ini dibawa ke kl. Sebab agak sukar mencari stok kelapa parut di tempat sis.

Untungnya bila sudah ada serunding kelapa ini. Bila-bila teringin nak makan pulut serunding , cuma tunggu kukus pulut sahaja. Pulut serunding kelapa ini memang sedap dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Bahan-bahan membuat serunding kelapa

  • 2 biji kelapa parut
  • Garam secukupnya
  • 2-3 sudu gula
  • Air asam jawa
  • Minyak masak

Bahan untuk dikisar

  • 20 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 genggam udang geragau (rendam dan toskan)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar

 

Cara-cara membuat serunding kelapa

º Sangai sekejab kelapa parut tanpa minyak sehingga ringan dan sedikit perang. Gunakan api kecil dan kacau selalu supaya kelapa parut tidak hangit. Setelah itu ketepikan dahulu.

º Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa,gula dan garam tumis hingga betul-betul garing dan naik minyak.

º Kemudian masukkan kelapa parut yang telah disangai tadi. Gaul rata dengan api sederhana dan kacau sehingga kering inti serunding ini kering.

º Biarkan serunding sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk supaya serunding kelapa ini tahan lama.

 

 

 

 

Bahan-bahan untuk pulut kukus

  • 2 cawan pulut
  • Santan cair secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • 1-2 sudu gula
  • Sedikit garam

 

 

Cara-cara membuatnya

º Cuci bersih pulut dan rendam dengan air selama 30 minit kemudian toskan. Masukkan pulut kedalam loyang.

º Letak gula dan sedikit garam kedalam santan cair, kacau hingga sebati. Kemudian tuang santan kedalam pulut sehingga paras pulut sahaja. Masukkan daun pandan kedalam pulut.

º Kukus pulut diatas air mendidih selama 20 minit atau sehingga pulut masak. Biarkan pulut sejuk sekejab.

º Basahkan tapak tangan supaya pulut tidak melekat, ambil pulut dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang dimahukan.

 

º Setelah siap golekkan pulut kedalam serunding kelapa sehingga habis.

 

Pulut serunding kelapa siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment