Resepi Kuih Kole Kacang Hijau

 

Assalamualaikum dan hai semua,

Kuih kole kacang merupakan salah satu kuih tradisional yang menggunakan tepung kacang hijau dan ditabur tahi minyak.Ia merupakan kuih yang dimasak hingga pekat dan disejukkan didalam talam sebelum dipotong. Kuih ini sangat lembut dan sedap,dengan harum aroma minyak kelapa serta manis gula merahnya.

Sebelum menyediakan adunan kuih kita harus menyediakan tahi minyak terlebih dahulu.Bahan untuk membuat kuih ini ringkas dan senang sahaja cuma mengambil sedikit masa terutama ketika membuat tahi minyak. Santan pula  lebih baik menggunakan santan segar kerana lebih banyak tahi yang terhasil serta bau tahi minyaknya lebih sedap.

Kuih kole kacang ini biasanya senang dicari terutama di pasar pagi,pasar malam atau gerai-gerai jalanan yang menjual kuih muih.Tapi sesekali boleh kita cuba membuatnya sendiri,boleh makan sepuasnya dan kebersihan pasti terjamin.Jom kita lihat  resepi mudah menggunakan sukatan cawan sahaja.

Bahan-bahan

•2 cawan santan pekat-untuk tahi minyak
•1 cawan gula merah
•2 sb gula pasir
•1 cawan air
•1 cawan santan-untuk adunan kuih
•1 cawan tepung kacang hijau
•Daun pandan

cara buat tahi minyak

°Masak santan  dengan api sederhana sehingga adunan kental.Kemudian kecilkan api dan terus kacau hingga terbentuk tahi minyak. Apabila siap ambil tahi minyak yang terhasil, minyaknya jangan dibuang kerana kita akan gunakan untuk  dimasukkan kedalam adunan kuih dan disapu pada loyang kuih nanti.

Cara buat air gula merah

°Masukkan gula merah, gula pasir,air dan sehelai daun pandan yang disimpul kedalam periuk.Kacau  sehingga gula larut bolehlah ditutup api dan dibuang daun pandan tadi.Setelah itu biarkan air gula sejuk dahulu.

Cara-cara

°Didalam periuk masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah yang dimasak tadi lalu kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu minyak dari lebihan minyak kelapa tadi.Kacau supaya adunan sekata dan tidak berketul.

°Kemudian masak aduanan diatas api kecil sambil dikacau perlahan hingga  masak.Bila adunan nampak pekat dan menggelembung serta sedikit berkilat berkilat tandanya adunan kuih telah masak.

°Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak dari tahi minyak tadi. Kemudian sebelum tuang adunan yang telah masak ke dalam loyang.

°Taburkan dengan tahi minyak ketika kuih masih panas supaya tahi minyak melekat diatas kuih. Setelah itu sejukkan dahulu barulah boleh dipotong.Siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment