Resepi kuih kaswi ini guna acuan kuih sahaja, nampak comel dan kemas bila dihidangkan dengan kelapa parut. Walaupun ada yang mengatakan kuih lompang dengan kuih kaswi ni berbeza. Pada sis macam sama sahaja dari segi rasanya.
Kuih kaswi ni sedap sebab ia kenyal-kenyal tapi bukan keras. Sedikit lembut bergedik dan terasa lemak manis nya. Ada juga sedikit rasa lemak masin dari kelapa parut yang dilletakkan.
Untuk menghasilkan kuih kaswi yang kenyal, mesti letakkan sedikit air kapur. Fungsi air kapur ni untuk mengentalkan kuih. Cuma jangan terlebih letak nanti kuih rasa pahit dan keras.
Bahan-bahan untuk kuih kaswi
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula putih
- 1 sudu besar air kapur
- Kelapa parut secukupnya
- Garam secukupnya
Cara-cara membuatnya
º Masukkan gula perang dan gula putih masak bersama 3 cawan air hingga larut. Jadikan dalam anggaran 2 cawan air gula kemudian matikan api. Selepas itu tapis dan sejukkan dahulu.
º Kemudian masukkan air gula, tepung gandum, tepung ubi, secubit garam dan air kapur ke dalam blender. Tambah 2 cawan air dan kisar sehingga adunan halus.
º Tuang aduanan kedalam jug yang ada muncung supaya senang kita nak tuang kedalam acuan kuih kaswi nanti.
º Sapu bekas acaun dengan sedikit minyak masak sebelum kuih tidak melekat bila masak nanti. Boleh juga gunakan loyang.
º Tuang adunan kuih ke dalam acuan satu persatu. Selepas itu susun acuan ini ke dalam pengukus. Kukus di atas air mendidih sehingga masak lebih kurang 30 minit. Tutup permukaan pengukus dengan tuala kecil yang bersih supaya wap air tidak menitik atas kuih.
º Sementara itu, campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan gaul hingga sebati. Kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi. Kalau buat sikit dan memang boleh terus habiskan tak perlu kukus pun tak apa.
º Bila kuih kaswi sudah sejuk, keluarkan dari acuan menggunakan hujung sudu atau pisau plastik. Susun kuih dalam bekas atau pinggan yang sesuai. Taburkan bahagian atasnya dengan kelapa parut.
Kuih kaswi siap untuk dihidangkan.