Resepi Karipap Sardin

Kuih karipap sardin memang antara kuih kegemaran sis sejak dari kecil lagi. Sudah beberapa tahun sis belajar cara membuat karipap sardin ini. Kebanyakannya boleh dikatakan gagal dan agak kurang menjadi.

Memang sis akui membuat kuih ini walaupun bahannya agak simple tapi sangat mencabar. Cuma baru beberapa kebelakangan bulan ini sahaja kuih karipap sis agak menjadi sedikit. Dulu-dulu karipap sardin sis memang agak kemek, klaim tepinya pun kurang kemas.

Bahan-bahan untuk inti karipap sardin

•1 tin sardin ayam brand (asingkan isi dan sos nya)

•2 biji ubi kentang (potong dadu)

•1 biji bawang holland

•2 biji cili merah

•1 sudu cili kisar

•Garam dan serbuk perasa

•Sedikit air asam jawa

•Daun sup (hiris nipis)

Cara-cara membuatnya

°Panaskan minyak, tumis bawang holand dan cili padi sehingga sedikit layu. Masukkan cili kisar bersama sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.

°Hancurkan isi sardin, masukkan bersama kentang dan sedikit air asam jawa. Letak 2 sudu sos sardin tadi. Masak hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Taburkan daun sup jika suka.

°Setelah itu boleh matikan api dan disejukkan.

Bahan-bahan untuk kulit karipap

•1/2 kg tepung gandum

•50 gram  ketepung beras

•1/2 cawan minyak masak

•2 sudu marjerin

•1 sudu kecil air kapur

•Sedikit garam

•Air sejuk secukupnya

Cara membuatnya

°Campurkan tepung gandum dan tepung beras di dalam mangkuk. Buat bulatan di tengahnya.

°Panaskan minyak masak dan marjerin sehingga betul-betul panas, tuang kedalam adunan tepung. Gaul adunan ini menggunakan senduk atau sudu. Biarkan sejuk seketika dan gaul sedikit sehingga doh membentuk seperti serbuk roti.

°Masukkan air kapur bersama sedikit garam kedalam air sejuk, kacau hingga garam larut.

°Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air ini kedalam adunan sambil diuli sehingga doh tidak melekat di tangan.

°Setelah itu masukkan doh kedalam plastik atau balut dengan plastik raping. Simpan didalam peti ais selama 1 jam. Tujuannya supaya doh lebih lembut dan sedikit berminyak.

Cara membentuk karipap

°°Ambil sedikit doh, gelek dengan penggelek nipis-nipis dan masukkan kedalam acuan karipap. Sis menggunakan acuan supaya saiz karipap sama.

°°Isikan inti kedalam doh dan tutup acuan karipap. Buka acuan dan klaim bahagian tepinya supaya karipap tidak terbuka ketika digoreng. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.

Cara menggoreng karipap

°°Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas. Masukkan karipap kedalam kuali, gunakan api perlahan sahaja.

°°Goreng karipap hingga kuning keemasan kemudian angkat dan toskan minyaknya.

Karipap siap untuk dihidangkan.

 

 

 

 

Leave a Comment