Resepi Jemput-jemput Ayam

Jemput-jemput atau dipanggil cucur memang sedap dinikmati tatkala menonton movie malam-malam. Rasanya sangat enak rangup di luar dan lembut di dalam ditambah pula bila dicicah sos cili.

Terdapat banyak jenis resepi jemput-jemput yang ada, menu ini boleh diubahsuai mengikut citarasa dan bahan yang ada. Asalkan ada bahan wajibnya iaitu tepung gandum atau tepung beras.

Biasanya kalau buat jemput-jemput ayam ni, sis akan lebihkan isi ayam dari tepung. Sis letak air sedikit sahaja supaya senang nak bentukkan jemput-jemput menjadi bulat.

Petua orang dulu-dulu, kalau buat jemput-jemput ni gunakan air panas ketika membancuh adunan. Selepas itu, perap dahulu adunan supaya jemput-jemput yang terhasil nanti lebih lembut dan sedap. Walaupon dah sejuk, jemput-jemput tetap rangup di luar dan lembut didalam.

 

 

Bahan-bahan jemput-jemput

  • 1 cawan tepung gandum
  • Isi ayam
  • 1 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 2 biji cili padi (hiris nipis)
  • 2 biji kentang (potong dadu kecil)
  • Daun sup (racik halus)
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada sulah
  • Minyak masak

Cara-cara membuatnya

 

♥ Kisar halus isi ayam menggunakan blendar kering, kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.

♥ Selepas itu masukkan tepung gandum, kentang, bawang merah, cili padi, daun sup dan serbuk lada sulah. Letak sedikit air panas, kacau sehingga semua bahan sebati dan mesra.

 

 

♥ Panaskan minyak, jemputkan adunan ke dalam minyak kemudian goreng jemput-jemput seketika. Bila adunan jemput-jemput sedikit keras dan terbentuk cantik, balik-balikkan agar jemput-jemput masak sekata.

♥ Bila jemput-jemput sudah garing keperangan boleh angkat dan toskan minyaknya.Jemput-jemput ayam siap untuk dihidangkan.

 

Leave a Comment