Resepi Bamboloni Lembut Dan Gebu

Bamboloni ni hampir sama sahaja dengan donut. Bezanya bamboloni ini diisi dengan inti di bahagian tengah nya. Intinya terpulang kepada kita, samasa nak letak inti yang dibuat sendiri atau dibeli siap dari kedai bakeri. Ada berbagai pilihan filling yang terdapat di pasaran.

 

 

Bahan-bahan untuk perapan yis

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu yis mauripan
  • 2 sudu gula pasir

Cara-cara mebuatnya

♥ Panaskan susu segar di dalam microwave lebih kurang 2 minit supaya susu sedikit suam.

♥ Satukan susu segar dan yis kedalam gelas atau mangkuk besar kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula kacau hingga bahan larut.

♥ Biarkan yis mengembang atau berbuih lebih kurang 15 minit. Sementara itu kita boleh sediakan bahan tepung untuk diuli nanti.

 

 

Bahan-bahan doh

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu mentega/marjerin
  • 1 sudu bread softener
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit garam

 

 

Cara-cara membuatnya

♥ Campurkan tepung dan semua bahan-bahan lain, gaul sehingga semuanya sebati menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan bahan perapan yis tadi dan uli hingga semuanya sebati.

♥ Jika adunan doh masih keras boleh tambah air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat di tangan. Setelah itu tutup doh menggunakan plastik raping makanan, rehatkan doh selama 1 jam.

♥ Selepas 1 jam doh akan kembang 2 kali ganda dari saiz asal, tumbuk perlahan doh untuk membuang lebihan angin. Uli doh supaya doh menjadi lebih gebu, ringan dan elastik.

♥ Kemudian letakkan doh di atas papan penguli, tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat, gelekkan doh sehingga sehingga rata dan cantik.

♥ Tekap doh menggunakan acuan mengikut saiz yang kita inginkan. Sis tekap doh pakai cawan sahaja. Susun doh atas kertas kuih, rehatkan lebih kurang 5 minit.

♥ Seterusnya panaskan minyak secukupnya dan goreng kuih dengan api sederhana. Balikkan sekali dua sahaja supaya ring putih di tengah donut tidak hilang.

♥ Apabila donut sudah masak boleh angkat dan toskan minyaknya dahulu. Biarkan sejuk dahulu sebelum diisi filling ke dalamnya.

Cara-cara untuk masukkan inti/fillings

♥ Masukkan inti ke dalam piping bag, gunting sedikit di hujungnya.

♥ Gunting sedikit bahagian tengah donut, masukkan filling ke dalam donut secukupnya. Buat sehingga habis.

♥ Taburkan donut dengan gula aicing bersama snow powder. Siap untuk dihidangkan.

 

Leave a Comment