Assamualaikum dan hai semua.
Onde – Onde Gula Melaka
Kebiasaannya bila tiba ramadhan pasti kuih ini selalu dicari ramai orang.Dengan saiz yang comel,lemak manis masin gula melaka dan kelapa menjadiakannya sangat sesuai sebagai juadah berbuka puasa.
Warnanya juga semakin berevolusi,dari warna asalnya hijau tetapi kini ada yang meletakkan bermacam warna.Pada saya tidajk menjadi masalah,tapi j anganlah sampai kita melupakan keaslian sesuatu hidangan itu.
Cuma diingatkan jangan sekali menyantap kuih ini ketika ia masih panas atau suam.Kandungan gula melaka didalamnya yang mengambil masa untuk menyejuk boleh membuat lidah dan kerongkong melecur,tunggu kuih sejuk barulah dinikmati.Jom kita lihat resepinya.Bila tahu resepi,bila-bila masa sahaja kita boleh membuatnya.Sangat mudah dan senang.
Bahan-bahan (anggaran 30 biji kuih)
•1 1/2cawan tepung pulut
•3 cawan tepung beras
•1 cawan jus pandan ( 10 helai daun pandan dikisar )
•1 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
•1/2 biji kelapa parut (ambil bahagian putih dan gaul dengan sedikit garam)
•Pewarna hijau (optional)
•Sedikit air
Cara membuatnya
1)Di dalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung beras dan jus pandan.Uli adunan sehingga membentuk doh. Tambah air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik atau keras.Letakkan pewarna jika mahu dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
.
2)Didihkan air didalam periuk bersaiz sederhana. Setelah itu ambil doh sebesar ibu jari tangan atau saiz yang anda mahu, gentel sekejap dan leperkan bahagian tengah, masukkan potongan gula melaka dan gentel membulat.
3)Siap gentel,anda boleh terus masukkan onde-onde ke dalam air yang telah mendidih.
4)Rebuskan sehingga onde-onde yang tenggelam muncul di permukaan.Itu tandanya kuih anda telah masak sepenuhnya.Angkat dan toskan kemudian bolehlah diayak ke dalam campuran kelapa parut dengan garam tadi.
.
Tunggu sejuk dan siap untuk dimakan.