Kuih Tepung Pelita

Assalamualaikum dan hai semua.

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut yang mempunyai 2 lapisan.Lapisan bawahnya bewarna hijau,sedikit manis dan lebih keras sedikit teksturnya.Manakala bahagian atasnya  dikenali juga sebagai kepala santan,bewarna putih dan teksturnya lebih lembut dan sedikit masin.Kuih ini mudah didapati secara harian dimana ia dijual di pasar pagi dan pasar malam.

Bekas acuan tepung pelita secara tradisionalnya dibuat dari daun pisang ataupun daun pandan.Tetapi seiring dengan peredaran zaman,ia juga diletakkan didalam bekas plastik kecil.Ia lebih praktikal dan senang dibawa kemana-mana. Bagaimanapun rasa dan bau nya mungkin sedikit berbeza kerana daun pisang dan daun pandan mempunyai aroma uniknya tersendiri.

Bahan untuk lapisan bawah

•1 cawan tepung beras

•1 sudu kecil garam

•2 cawan air pandan

•3 cawan air

•Gula-taburkan di bahagian bawah acuan

•Sedikit pewarna hijau

*Campurkan semua bahan diatas (kecuaali gula) ,kacau sebati hingga tidak berketul.Setelah itu,bolehlah dimasak atas api dan dikacau sampai pekat.Gunakan api kecil sahaja untuk elak adunan berketul. Kalau sudah masak tepung akan kelihatan pekat berkilat.

*Tuang adunan ke dalam bekas yang telah diletak sesudu gula (boleh letak gula ikut kemanisan yang diinginkan) .Setelah itu biarkan ia sejuk sebelum dimasukkan lapisan atas.

Lapisan atas

•4 sudu besar tepung beras

•2 cawan santan

•2 sudu garam

•1 sudu gula

•1 cawan air

*Kacau sebati dan masak atas api hingga pekat.Bila nampak berkilat boleh tutup api. Masukkan ke dalam bekas yg dilapiskan adunan hijau tadi. Sejukkan seketika dan bolehlah dinikmati.

 

Leave a Comment