Resepi Spagetti Tuna

Spagetti tuna ni memang menjadi kegemaran sis sekeluarga. Pernah sis buat dan bawa ke ofis dulu memang habis licin satu bekas. Memang gerenti sedap dan kena dengan selera kita orang malaysia.

Resepi ni sis cuba-cuba buat je dulu, masa tu pernah viral spagetti sardin. Kebetulan ketika itu di rumah sis tak ada sardin, cuma ada tuna dalam tin, jadi sis gantikan dengan tuna. Alhamdulillah memang kena dengan tekak, sis lebih suka spagetti tuna berbanding sardin. Tapi sis tidak pastilah kalau sebelum ini memang sudah ada menu ini dimana-mana.

Nak buat spagetti tuna ini mudah sahaja, hanya perlu beberapa bahan. Cara membuatnya pon sangat mudah. Untuk yang baru nak belajar memasak boleh cuba resepi ini.

 

Bahan-bahan spagetti tuna

  • 300 gram spagetti
  • 1 tin tuna ayam brand
  • Sosej cheese
  • 1 biji bawang holland (racik halus)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak

 

 

Cara-cara membuatnya

  1. Rebus spagetti sehingga masak, letak sedikit garam. Kemudian angkat dan toskan airnya.
  2. Goreng sosej dengan sedikit minyak, kemudian boleh potong ikut saiz yang disukai.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang holland hingga layu. Selepas itu, masukkan tuna dan sosej kacau sebati.
  4. Masukkan spagetti, goreng sehingga semua bahan sebati
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

 

 

Spagetti tuna siap untuk dihidangkan.

Nota;

Jika suka pedas boleh tambah cili padi.

Tuna ayam brand ada beberapa level pedas. Lihat di tin tuna, ada gambar beberapa biji cili. Sis guna yang level 3, kalau nak leboh pedas boleh guna level 5.

Jangan rebus spagetti terlalu lama, nanti spageti lembik dan mempengaruhi tekstur bila digoreng.

Jika suka boleh tambah tomato cherry untuk memberi rasa sedikit masam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment