Assalamualaikum.Untuk entry kali ini sis akan berkongsi resepi soto ayam istimewa.Untuk resepi ini sis akan berkongsi juga cara membuat begedil ayam yang akan menjadi pelengkap kepada menu soto kita.Jom kita lihat resepinya.
BAHAN UTAMA
•Ketupat nona (guna ketupat mini supaya cepat sejuk dan senang dipotong.Rebus sehingga masak kemudian disejukkan sebelum dipotong)
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT SUP/KUAH
•2 ketul dada ayam
•1 sup bunjut adabi
•2 sudu perencah sup
•Rempah 4 sekawan (bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)
•2 barang serai (diketuk)
•Minyak untuk menumis
•Garam dan serbuk perasa
•1 ketul kiub ayam
Bahan kisar halus
•4 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 biji buah keras
•1 sudu jintan manis
•1 sudu jintan putih
•1 inci halia
•1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil serbuk kunyit
BAHAN LAIN
•Suhun ( goreng seketika didalam minyak panas dan dterus diangkat apabila mengembang seperti keropok)
•Kacang tanah (digoreng)
•Tauge
•Daun bawang/bawang goreng
CARA MEMBUATNYA
°Masukkan air yang mencukupi didalam periuk dan masukkan dada ayam tadi.Masak sehingga isi ayam empuk.Setelah itu,ambil isi ayam disejukkan sebelum isinya dicarik carik.Air rebusan ayam digunakan untuk kuah sup nanti.
°Didalam periuk lain,panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang yang dikisar tadi.Masukkan juga serai yang diketuk bersama rempah empat sekawan tadi.Tumis hingga garing dan naik baunya.
°Setelah itu masukkan perencah sup dan sup bunjut adabi kedalam bahan tumisan.Masukkan air rebusan ayam tadi dan kiub ayam,renehkan hingga mendidih sebelum diperasakan dengan garam dan serbuk perasa.Sup siap untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK KUAH KICAP
•Kicap manis
•15 tangkai cilipadi
•2 ulas bawang putih
•Garam dan serbuk perasa
°Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan cilipadi sehingga layu.Kemudian masukkan kedalam blendar dan blend bersama kicap manis.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Sambal kicap sedia dihidang.
CARA BUAT BEGEDIL AYAM
•5 biji kentang (kupas kulit dan potong beberapa bahagian lalu digoreng.Selepas itu boleh ditumbuk lumat)
•200 gram ayam cincang(goreng dan tumbuk lumat)
•Daun sup (cincang halus)
•1 biji bawang merah (cincang halus)
•2 biji telur
•Garam dan serbuk perasa
°Satukan kesemua bahan diatas kecuali telur,gaul sebati dan sesuaikan rasanya.Setelah itu ambil doh bulat-bulatkan mengikut yang yang anda mahukan.Leperkan bagi membentuk begedil.
°Panaskan minyak dan celup begedil tadi kedalam telur dan goreng.Bila begedil kelihatan garing keemasan boleh diangkat.
UNTUK MENGHIDANG SOTO
°Masukkan ketupat nona yang telah dipotong kedalam mangkuk yang sesuai.Tuangkan kuah soto secukupnya.Hias dengan isi ayam,kacang tanah,suhun yang digoreng tadi,begedil,tauge dan sambal kicap.Jika suka boleh perahkan jus limau nipis keatasnya.Boleh juga ditabur daun bawang atau bawang goreng sebagai pelengkap.Sedia untuk dihidangkan.