Sambal ayam penyet ni bukan setakat sedap dimakan bersama dengan nasi ayam penyet, tapi sedap juga jika dicicah dengan ulam-ulaman. Rasa sambal yang cukup rasa pedas, manis dan masam memang mampu memikat sesiapa sahaja.
Untuk menghasilkan rasa sambal ayam penyet yang sempurna, sambal mesti dimasak dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Nak lebih sedap lebih elok tumbuk guna lesung, teksturnya sambalnya pon lebih cantik.
Tahap kepedasan sambal ini terpulang kepada anda. Kalau suka pedas lebihkan cili padi merah atau gunakan cili padi kampung. Tapi untuk sis, cukuplah pedas-pedas manja sahaja. Barulah seimbang dengan rasa sambal yang masam, manis dan pedas.
Bahan-bahan sambal ayam penyet
- 10 biji cili padi merah
- 5 biji cili merah
- 20 biji cili padi hijau
- 3 biji tomato
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis (cuci bersih dan toskan)
- 1 inci belacan
- Minyak masak
- Garam dan gula secukupnya
Cara-cara membuatnya
- Potong kasar bawang dan cili padi.
- Kemudian panaskan minyak masak, goreng bawang merah, bawang putih, tomato, belacan dan cili sehingga layu. Angkat dan toskan.
- Setelah itu, goreng ikan bilis sehingga garing. Sejukkan bahan-bahan yang digoreng ini seketika.
- Kemudian tumbuk kasar bahan-bahan ini menggunakan lesung batu atau blendar.
- Tuang bahan-bahan yang ditumbuk/ kisar ini kedalam kuali yang sama, letak sedikit air.
- Masak kembali bahan-bahan ini sehingga masak dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah serbuk perasa jika suka.
- Lebih sedap jika diperah jus limau kasturi/ limau nipis sebelum dinikmati.
- Sambal ayam penyet siap untuk dihidangkan.