Resepi Roti Puri Tanpa Yis

 

Resepi roti puri ni ada dua versi. Satu versi yang menggunakan yis dan satu lagi tidak menggunakan yis. Resepi yang sis kongsikan ini tak letak yis, bahan pon simple sahaja tapi tetap lembut dan sedap walaupon telah sejuk.

Menu roti puri ini antara menu masyarakat india yang sangat digemari juga oleh masyarakat melayu.Roti puti ni sedap dicicah dengan kuah kari, kuah dal, sambal bilis atau sambal sardin.

Roti puri ni memang antara menu kegemaran sis untuk sarapan atau hidangan minum petang. Kalau tak ada kuah atau sambal untuk dicicah, makan begitu sahaja atau cicah dengan susu pekat pon sedap. 

Sis masih ingat pada percubaan pertama buat roti puri ni terus menjadi. Bagi sis roti puri ni hampir sama rasanya dengan kuih cakoi. Kedua kuih ini agak rangup di luar dan lembut didalam. Tapi nak buat roti puri ni lebih mudah disediakan.

 

 

 

Bahan-bahan roti puri

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Air suam secukupnya

 

 

Cara-cara membuatnya

  1. Satukan tepung gandum,marjerin, gula dan garam ke dalam bekas yang mangkuk yang sesuai. Gaul sebati semua bahan ini hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan. Rehatkan doh lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bulatkan doh sebesar saiz bola pingpong. Buat sehingga habis.
  4.  Seterusnya tekan doh dan gelek menggunakan penggelek kuih. Canai doh sehingga nipis. Jangan nipis sangat agak-agak sahaja.
  5. Goreng doh di dalam minyak yang betul-betul panas. Guanakan api sederhana sahaja. Siram minyak panas ke atas doh perlahan-lahan sehingga doh gemuk mengembung.
  6. Bila doh bertukar sedikit keperangan boleh angkat dan toskan minyaknya. Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
  7.  Roti puri siap untuk dihidangkan.

TIPS;

√ Goreng doh satu persatu di dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana untuk elak roti hangit.

√ Wajib siram ‘manja’ minyak panas ke atas doh. Baru roti mengembong cantik.

√ Guna minyak baru, jangan guna minyak lebihan goreng benda lain supaya roti sedap dan warnanya lebih cantik.

Leave a Comment