Resepi Pulut Kuning Lembut Berlemak

Pulut kuning dengan pulut yang lembut berlemak pastinya membuatkan kita terasa sesekali ingin menikmatinya. Sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang lemak manis. Bertambah sedap juga jika dimakan bersama dengan rendang,serunding ataupon lauk pauk seperti ayam masak merah. Jom saya kongsikan resepi ini.

BAHAN-BAHAN

•1/2 kg beras pulut

•2 sudu besar kunyit

•2 cawan santan pekat

•Sedikit garam

•2 sudu gula

•3 keping asam gelugur

•Daun pandan

CARA-CARA

1)Basuh pulut dan rendam bersama dengan asam gelugur. Pastikan pulut tenggelam dari air. Masukkan kunyit dan asam gelugur.

*Boleh juga gunakan pewarna kuning tapi saya lebih suka menggunakan kunyit kerana warna kuningnya lebih asli. Selain kunyit akan memberi satu rase yang tidak ada pada pewarna tiruan. Asam gelugur pula kalau taknak letak pon tidak menjadi masalah. Cuma dikatakan fungsi asam gelugur boleh membuat pulut berkilat. Tapi nanti jangan lupa dibuang asam gelugur ketika hendak dikukus pulut nanti.

2)Toskan pulut dan masukkan kedalam pengukus yang telah dilapik dengan beberapa helai daun pandan, kukus selama 10minit. Kemudian balikkan pulut dan kukus lagi selama 10 minit. Tujuannya supaya pulut masak sekata.

*Untuk santan pula,jika menggunakan santan kotak harus diletakkan 1-2 sudu minyak. Tujuannya supaya pulut nampak berkilat.Jika guna santan segar tidak perlu kerana santan segar akan mengeluarkan minyaknya sendiri.

3)Ambil santan masukkan sedikit garam dan kacau hingga larut. Masukkan pulut tadi kedalam bekas besar. Arung rata bersama santan tadi. Jangan diarung terlalu kasar dikhuatiri pulut hancur dan menjejaskan teksturnya.

4)Kukus semula pulut tadi selama 10 minit. Kemudian balikkan sekali lagi dan kukus selama sepuluh minit atau sehingga masak.

5)Setelah masak sejukkan seketika dan bolehlah dinikmati.

 

 

 

 

Leave a Comment