Resepi Nasi Tomato

 

Assalamualaikum dan hai.

Untuk hari-hari biasa selalu kita menikmati nasi putih kan.Nasi tomato biasa kita makan ketika dimajlis-majlis istimewa sahaja.Nasi tomato ini biasanya selalu juga dijual di pasar malam.Sesekali hidangkan nasi tomato untuk keluarga  pasti berselera juga.Jadi bolehlah anda mencuba resepi nasi tomato ini.Jom kita lihat resepi

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI(untuk 10 orang makan)

•4 cawan beras basmathi direndam 30 minit-basuh dan toskan

•4 cawan air

•1 cawan susu cair

•1 biji bwg merah-dicincang

•1 ulas bwg putih-dicincang

•1 inci halia dititik

•2 sudu besar sos tomato

•2sudu tomato puree

•1 kiub ayam

•1 biji tomato-potong dadu

•1 batang serai-dititik

•Rempah 4 sekawan

•Minyak sapi untuk menumis

•2 helai daun pandan

•Garam dan gula

Cara-cara

1)Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bawang putih.Bila bawang sudah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
2)Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau selama lebih kurang 5 minit.
Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
3)Bila periuk nasi dah masak terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bawah. Tunggu hingga  5 – 10 minit baru di buka tudung periuk.Selepas itu bolehlah dikacau nasi menggunakan garfu untuk elakkan nasi patah.

UNTUK LAUK(Ayam masak merah)

(Untuk resepi ini,saya memilih ayam masak merah,boleh juga gunakan lauk daging seperti daging masak kurma.Semuanya bergantung kepada selera anda.)

*2 biji bwg besar

*5 ulas bwg putih

*2 inci halia

*2 batang serai

*2 genggam cili kering-rebus dan toskan

Kisar bahan bertanda*

•Ayam 1 ekor

•Sos cili

•Sos tomato

•Gula melaka

•Gula, garam

•Tomato

•1 biji bwg besar utk hiasan

•Minyak untuk menumis

Cara memasak

1)Gorengkan ayam separuh masak.Ketepikan dahulu.
2)Tumiskan bahan kisar,kacau sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato, gula melaka, garam dan gula.Biarkan seketika dalam 5 minit.
3)Masukkan ayam dah kacau sehingga masak sempurna.Letakkan bawang besar dan tomato sebagai hiasan.

UNTUK ACAR

•Timun-potong kecil memanjang

•Bawang merah-hiris dadu

•Cilipadi-potong nipis serong

•Lobak merah-potong kecil memanjang

•Cuka

•Garam dan gula

Campurkan kesemua bahan diatas didalam satu bekas.Gaul hingga semua sebati,masukkan cuka secukupnya.Masukkan garam dan gula secukup rasa bolehlah dihidang.

Leave a Comment