Resepi Nasi Lemak-Sukatan Cawan

 

Assamualaikum dan hai semua.

Sebut sahaja nasi lemak, siapa sahaja yang tak tertawan.Boleh dikatakan inilah menu sarapan pagi paling dicari rakyat malaysia tak kira apa jua bangsa. Tak cukup dengan itu, diwaktu petang dan malam pun masih ramai yang mencari.

Kalau kena dengan sambal yang sedap,tak perlu ada lauk lain pun. Jadi disini saya tunjukkan cara membuat nasi lemak sukatan cawan yang sedap dan boleh dicuba dirumah.

Untuk sambal yang sedap dan tak begitu pedas,saya campurkan 2 jenis cilikering. Separuh saya gunakan cilikering gemuk (cili ini tak pedas langsung) dan separuh lagi jenis kerinting (cili kering ini sedikit pedas). Jadi sambal ini sangat sesuai untuk dimakan dengan anak-anak kecil.

BAHAN-BAHAN

•4 cawan beras

•2 1/2 cawan air

•2 cawan santan

•3 hirisan bawang merah

•3 hirisan halia

•2 helai daun pandan-cuci bersih dan simpulkan

•Sedikit garam

**Cuci beras sebersihnya,setelah itu masukkan air dan santan.Masukkan sedikit garam, hirisan bawang merah,hirisan halia dan daun pandan.Kacau sedikit dan bolehlah dimasak kedalam rice cooker.Jika guna santan kotak masukkan sesudu dua minyak masak untuk mengilatkan dan melembutkan tekstur nasi apabila masak.Sesekali boleh dibuka penutup nasi untuk dikacau suapaya nasi dan santan sekata.

•Ikan bilis-basuh toskan dan digoreng rangup

•Kacang tanah-basuh toskan dan goreng dengan sedikit minyak

•Telur-direbus

BAHAN SAMBAL

•2 genggam cilikering direbus dulu

•1 biji bawang merah

•3 ulas bawang putih

•1 inci halia

•Sedikit ikan bilis goreng

•Sedikit minyak

**Kisar kesemua bahan diatas

•2 biji bawang merah-hiris nipis

•1 keping gula melaka

•2 sudu sos cili

•Sedikit air asam jawa

•Sedikit garam

CARA-CARA

ºPanaskan minyak dari gorengan ikan bilis tadi (rasa sambal akan lebih sedap). Minyak boleh diletak lebih untuk hasil sambal yang sedap. Bila nak dihidangkan boleh dibuang sedikit.

ºKemudian masukkan hirisan bawang merah,tumis hingga naik bau.

ºSelepas itu masukkan bahan kisar bersama gula melaka dan dimasak api kecil hingga pecah minyak.Kacau sekali sekala,kalau nampak kering boleh ditambah air.

ºMasa menumis sambal ini adalah sekitar 1 jam atau lebih untuk hasil yang sedap dan cili nya masak sempurna.

ºBila sambal sudah masak dan airnya sudah kering,masukkan sos cili dan air asam jawa. Masak seketika selepas itu bolehlah perasakan dengan garam.

ºHidangkan bersama telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng. Untuk ulam biasanya diletakkan timun atau kangkung celur. Untuk lebih rasa, boleh ditambah apa jua lauk kegemaran anda.

 

 

 

 

Leave a Comment