Resepi Nasi Kerabu Tumis kelantan

Nasi kerabu adalah satu menu yang sangat digemari ramai.Menu ini sesuai sebagai sajian harian atau dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu.

Nasi kerabu dihidangkan bersama ulam-ulaman,serunding kelapa dicampur ikan,kuah tumis dan pelbagai lagi.Lebih istimewa nasinya bewarna biru yang terhasil dari penggunaan bunga telang.

Sis kongsikan resepi lengkap nasi kerabu bersama solok lada,sambal jate dan kuah tumis yang boleh dicuba dirumah.

BAHAN UNTUK KUAH TUMIS NASI KERABU

*•4 biji bawang merah

*•3 ulas bawang putih

*•1 inci halia

 Kisar bahan betanda*

•1 cawan santan pekat

•1 sudu besar cili kisar/cili boh

•1 keping asam keping

•3 sudu budu

•2 batang serai (diketuk)

•1 sudu serbuk kunyit

•1/2 keping gula melaka

•Garam

•Minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA

°Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing.Kemudian masukkan cili kisar masak sampai pecah minyak.

°Masukkan serbuk kunyit,serai dan budu,kacau seketika.Selepas itu masukkan santan,asam keping dan gula melaka.Letakkan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.

°Perasakan dengan garam dan boleh matikan api.

BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING KELAPA/ISI IKAN

•2 sudu lada hitam

•2 batang serai

•2 ulas bawang putih

•3 biji bawang merah

•1/2 inci halia

•Sedikit garam dan gula

•Kelapa yang disangai tanpa minyak

•Isi ikan rebus

°Tumbuk kesemua bahan-bahan ini sehingga lumat dan satukan kesemuanya gaul sehingga sebati.

BAHAN-BAHAN SAMBAL CILI/SAMBAL JATE

•Cili padi merah

•Cili merah besar

•Sedikit cuka

•Garam dan gula secukupnya.

°°Kisar kesemua bahan-bahan ini dan tuangkan kedalam mangkuk.

BAHAN-BAHAN UNTUK SOLOK LADA

•100 gram kelapa parut

•Isi ikan rebus (ambil dari 5-6 ekor ikan saiz sedang)

•10 biji cili hijau besar

•3 biji bawang merah

•2 ulas bawang putih

•1 sudu lada hitam

•Garam dan gula

•1 cawan santan pekat

CARA-CARA MEMBUAT SOLOK LADA

°Belah tengah cili hijau besar,buang bijinya.Cuci bersih dan toskan.

°Tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia sehingga lumat. Letakkan kedalam mangkuk yang sesuai.

°Seterusnya tumbuk isi ikan,lada hitam dan kelapa parut sehingga lumat. Campurkan dengan bahan bawang yang ditumbuk tadi,letak garam dan gula gaul sebati.Rasa sedikit supaya isi solok ada rasa sedikit manis.

°Sumbat bahan-bahan ini kedalam cili yang telah dipotong tengah tadi. Buat sehingga habis.

°Kemudian susun solok kedalam periuk atau kuali yang sesuai,tuang santan pekat. Masak dengan api kecil sehingga santan kering.

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI

•5 pot beras

•Pewarna nasi kerabu

•1 batang serai ( diketuk)

•Daun limau purut

•Air secukupnya

°Cuci bersih beras masukkan kesemua bahan ini dan masak nasi seperti biasa.

BAHAN-BAHAN ULAM

•Tauge

•Kacang panjang

•Kubis

•Timun

•Bunga kantan

•Bawang besar

°Cuci bersih,toskan dan hiris nipis kesemua bahan-bahan ini.

LAUK-PAUK (OPTIONAL)

Pilihan lauk bergantung kepada anda,tapi ini adalah antara lauk pauk yang sering dihidangkan besama nasi kerabu.

•Telur masin

•Ayam goreng kunyit/berempah/bakar

•Daging goreng/bakar

•Bawang jeruk

•Keropok keping/ keropok lekor

•Limau nipis untuk diperah atas nasi

Selamat mencuba.

Leave a Comment