Assalamualaikum dan hai semua.Untuk entri kali ini sis akan berkongsi resepi nasi hujan panas.Bolehlah para pembaca sis mencuba sendiri memandangkan kita juga masih berada dibulan syawal.Sesuai jika ada kalangan pembaca blog sis yang ingin mengadakan open hause.
Menu ini tidaklah sesukar mana untuk disediakan dan amat menarik kerana nasinya yang bewarna warni,ditambah lagi dengan aroma rempah ratus yang digunakan.Selain kelihatan meriah dengan taburan kacang gajus,buah kismis dan bawang goreng yang harum.
Menu ini boleh dihidangkan bersama ayam masak merah,daging kurma,daging kerutuk dan sebagainya.Untuk menyempurnakan rasa acar timun atau acar buah jangan dilupa.Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya hanya dengan menggunakan sukatan cawan sahaja.
Bahan-bahan
•4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam lebih kurang 20 minit kemudian toskan)
•5 cawan air (sukatan air mengikut cawan yang sama dengan sukatan beras)
•1-2 biji bawang merah (dihiris nipis)
•2 ulas bawang putih (diracik halus)
•1 helai daun pandan
•Rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga cemgkih,bunga lawang)
•1 inci halia dihiris sederhana nipis
•3 sudu mkn myk sapi
•Sedikit minyak masak
•1 tin susu cair
•1 ketul kiub ayam(optional)
•Kacang gajus dan kismis ( sis juga ada masukkan kacang badam)
•Pewarna ( merah,hijau dan kuning)
•Sedikit garam
Cara membuatnya
°Panaskn kuali kemudian masukkan minyak masak,minyak sapi dan rempah 4 sekawan.Masukkan juga bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi.Tumis sehingga naik bau dan bawang sedikit kekuningan.
°Kemudian masukkan daun pandan dan 1 tin susu cair.Kacau seketika lalu masukkan sedikit garam dan kiub ayam lalu dikacau sebati.
°Masukkn beras yang telah ditoskan kedalam kuali dan dikacau seketika.Setelah itu bolehlah dimasukkan kedalam rice cooker.
°Masukkan 4 cawan air kedalam rice cooker tadi,kacau sebati dan masak nasi seperti biasa (Gunakan cawan yang sama ketika menyukat beras tadi).
°Setelah nasi masak lubangkan nasi menggunakan chopstick atau hujung sudu,letakkan pewarna yang anda mahukan didalam lubang yang telah dibuat tadi.Taburkan kacang badam dan kismis diatasnya.
°Tutup kembali rice cooker dan matikan suisnya.Tunggu lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk memastikan nasi telah sedikit sejuk.
°Setelah itu gembur-gemburkan nasi menggunakan garfu secara cermat untuk mengelakkan nasi patah.Jika suka,boleh juga ditabur dengan bawang goreng.Siap untuk dihidangkan.