Resepi Nasi Dagang Versi Kelantan

Assalamualaikum dan hai semua.

Untuk entry kali ini sis akan berkongsi resepi nasi dagang versi kelantan.Nasi dagang untuk versi kelantan sedikit berbeza dengan nasi dagang versi terengganu.

Untuk versi kelantan menggunakan beras nasi dagang bewarna perang kemerahan.Beras ini biasanya hanya boleh didapati dari pasar-pasar dinegeri ini.Untuk nasi dagang terengganu pula menggunakan campuran beras biasa dicampur beras pulut sebelum dimasak bersama santan.

Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan tenggiri @ ikan aya atau gulai ayam.Jom kita lihat cara membuat nasi daging dan lauk gulai ikan tenggiri yang akan menjadi pelengkap kepada hidangan ini.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT NASI DAGANG

•1kg beras nasi dagang (cuci bersih dan rendam semalam)

•5 biji bawang merah (dihiris nipis)

•2 inci halia (hiris nipis memanjang)

•1 sudu besar halba

•2 cawan santan pekat (kacau sebati dengan sedikit garam)

CARA-CARA MEMBUAT NASI DAGANG

°°Letakkan beras yang telah direndam kedalam pengukus dan buat lubang di tengah-tengah supaya wap boleh masuk.Cara ini juga membantu nasi untuk masak sekata.

°°Kukus nasi kira-kira 15 minit kemudian pengukus dibuka.Tuangkan santan pekat kedalam nasi. Masukkan juga bawang merah,bawang putih,halia dan halba kedalam nasi yang telah dikukus.

°°Setelah itu,kukus kembali nasi tadi sehingga masak.Nasi siap untuk dihidangkan.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT GULAI IKAN TENGGIRI

•2 ekor ikan tenggiri bersaiz besar ( potong ikut saiz yang yang dimahukan)

•7-8 keping asam gelugor

•Lengkuas (hiris sederhana nipis)

•Garam

°°Cuci bersih ikan tenggiri dan susun berselang seli sambil diletakkan asam keping,lengkuas dan garam pada setiap lapisan.Tujuannya supaya bahan-bahan ini lebih menyerap kedalam ikan.Kemudian masukkan  air sehingga paras ikan,tutup periuk dan rebus ikan lebih kurang 10 minit.

°°Air rebusan ikan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk dimasukkan kedalam kuah nanti.Untuk lebih sedap rebus ikan ini sehari dua lebih awal dan simpan didalam peti sejuk.Aroma lengkuas yangl wangi lebih menyerap kedalam isi ikan.

BAHAN KISAR

•3 biji bawang merah

•3 ulas bawang putih

•15 tangkai cilikering

•1 inci halia

•1 1/2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN

•3 sudu serbuk kari ikan

•1/2 keping gula melaka

•Santan

•Cili hijau besar

°°Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk kari sehingga pecah minyak.Masukkan santan,gula melaka, dan asam keping kedalamnya.

°°Masak hingga mendidih kemudian masukkan ikan yang telah direbus kedalam bersama cili hijau.Letakkan juga air rebusan ikan.Renih hingga pecah minyak dan kuah sedikit memekat.Bila sudah masak rasa dahulu sebelum memasukkan garam supaya kuah tidak terlebih masin.Siap untuk dihidangkan.

 

 

Leave a Comment