Cara membuat nasi ayam ini memang sedikit rumit.Dari penyediaan bahan untuk sup, membuat kuah kicap sehingga proses memasak nasi dan lauknya.Tapi rasanya tidak dinafikan memang sangat sedap.Jom kita lihat resepi dan cara-cara membuatnya.
BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM
•1 ekor ayam potong 4
•3 ulas bwg putih ditumbuk halus
•2 inci halia ditumbuk halus
•Sedikit garam
•1 ketul kiub pati aym
•Air secukupnya
°°Rebus ayam dengan bahan-bahan ini hingga ayam separuh masak.Kemudian angkat ayam dan toskan.Air rebusan boleh diletakkan lebih sedikit kerana akan digunakan untuk nasi dan sup nanti.
BAHAN UNTUK PERAP AYAM
•5 sudu sos tiram
•6 sudu kicap manis
•2 sudu kicap masin
•1 sudu madu
•1 inci halia ditumbuk halus
•2 ulas bawang putih ditumbuk halus
°°Kacau sebati bahan-bahan di atas dan sapukan gaulkan dengan ayam hingga sekata.Perap selama 1 jam atau lebih.
°°Selepas itu bolehlah digoreng ayam ini hingga masak.
BAHAN UNTUK NASI
•5 cawan beras (cuci bersih dan toskan)
•5 cawan air rebusan ayam
•2 sudu mentega/marjerin
•1biji bawang besar (dimayang)
•2 ulas bwg putih (tumbuk halus)
•1 inci halia ditumbuk
•Rempah 4 sekawan ( bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis,bunga cengkih)
•1 helai daun pandan
•Sedikit serbuk kunyit
°°Panaskan mentega/marjerin, tumiskan bawang besar, bawangputih, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
°°Masukkan beras yg telah dicuci tadi kacau sebati dan masukkan air rebusan ayam secukupnya.Sukatan air untuk nasi ayam adalah sama seperti kita memasak nasi biasa.
°°Letakkan sedikit serbuk kunyit untuk memberi sedikit warna kepada nasi.
BAHAN UNTUK SOS
•5 biji cili merah buang biji
•Cili api
•2 ulas bwng putih
•1 inci halia
•2 sudu mkn cuka
•Sedikit air rebusan ayam
•Garam dan gula secukupnya
°°Kisar semua bahan diatas sehingga lumat.
Kemudian tuang bahan kisar kedalam kuali masak hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.
BAHAN DAN CARA BUAT SUP
•1 sudu lada putih
•1 inci halia
•3 ulas bawang putih
•2 biji bawang merah
•Rempah 4 sekawan
•Air rebusan ayam
•Bawang goreng
°°Kisar lada putih, halia,bawang merah bawang putih.Kemudian tumis bahan-bahan ini bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
°°Masukkan air rebusan ayam tadi masak hingga mendidih.Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.Tutup api dan bolehlah ditabur bawang goreng.
CARA BUAT KUAH KICAP
°°Masak lebihan kicap dari perapan ayam tadi,tambah sedikit air rebusan ayam dan sedikit kicap manis.Masak hingga mendidih sekejap bolehlah ditutup api.
ULAM-ULAMAN
•Tomato _ hiris membulat nipis
•Timun
•Salad