Resepi Laksam Kelantan

Assalamualaikum dan hai.

Laksam,salah satu menu yang sangat sedap dan sangat sinonim dengan negeri kelantan dan terengganu.Bahan untuk menghasilkan menu ini juga sangat mudah didapati,cuma ia agak leceh dan mengambil sedikit masa untuk disediakan baik dari segi isi ataupun kuahnya.

Jika anda berada di negeri kelantan atau terengganu boleh sahaja mencari yang yang sudah siap dijual di pasar atau kedai-kedai menjual makanan pagi.Biasanya ia dijual dengan harga sekitar rm3 ke rm5 untuk sebungkus. Kuantitinya jangan cerita,cukup sekadar untuk mengalas perut.

Kalau anda tak sempat nak buat isinya pun boleh sahaja mencari yang readymade,banyak dijual dipasar-pasar disini.Balik rumah,tunggu buat kuah dan ulamnya sahaja.

Untuk saya pula, memang mengesyorkan buat sahaja kuah sendiri.Lebih puas hati dan sedap.Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan untuk isi laksam

•1 plastik tepung beras cap 3 gajah(600 gram)

(guna jenama ini,saya pernah guna jenama lain agak kurang menjadi)

•1 sudu garam

•Air

•Sedikit minyak(untuk sapuan)

Cara-cara membuatnya

1)Campurkan kesemua bahan diatas didalam satu bekas,kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul.Adunan mesti lebih cair dari tekstur adunan lempeng.

2)Sediakan periuk kukusan dan 3-4 keping pinggan tahan panas ataupun tutup periuk. Untuk lebih senang gunakan sahaja pinggan ikea,bila masak isinya memang tak melekat dan senang digulung.

            pinggan dari ikea.boleh juga guna yang tak ada jenama dari platform shoppe.

 

3)Sapukan sedikit minyak menggunakan berus kuih ataupun tisu di pinggan,selepas itu tuang adunan sepertu membuat lempeng anggaran 1 senduk kedalamnya. Agak-agaklah,jangan nipis dan jangan tebal.

4)Tutup periuk dan kukuslah dalam 2 ke minit.Bila nampak adunan menggelembung naik tandanya ia sudah masak.Keluarkan dari kukusan,sejukkan seketika bolehlah digulung.Ulang langkah ini sehingga adunan habis.

Bahan-bahan untuk kuah laksam

•1/2 Kg ikan selayang/sardin-rebus dengan 5 biji asam keping dan sedikit garam

•1 mangkuk santan-dapatkan dari sebiji kelapa

•5 biji bawang merah

•4 ulas bawang putih

•1 inci halia

•1 sudu biji ladahitam-tumbuk

•2 keping asam gelugur

•Garam dan gula

Cara-cara membuat kuah laksam

1)Asingkan isi ikan dari tulangnya.Kisar isi ikan bersama bawang putih,bawang merah dan halia dengan air rebusan ikan tadi.Ambil tulang ikan bersama kepalanya  kisar bersama sedikit air,tapis ambil air nya.

2)Masukkan bahan kisar tadi bersama air tulang ikan kedalam periuk.Masukkan santan dan kacau hingga mendidih. Selalulah dikacau perlahan untuk elak santan berketul dan melimpah dari periuk.

3)Selepas itu masukkan ladahitam dengan perasakn dengan garam dan gula.Masak seketika dan bolehlah ditutup api.

Bahan-bahan untuk sambal

•Cilipadi segenggam

•Sedikit cuka

•Garam dan gula

•Sedikit air masak

•Belacan-optional

*Campurkan cilipadi, cuka,sedikit air masak,blend kasar dan perasakan garam gula.

Ulam-ulaman

Timun

Kacang panjang

Daun kesum

Tauge

Leave a Comment