Resepi Laksa Penang

Kunci utama kepada laksa penang yang sedap mestilah kuah yang pekat dan cukup rasa masam,pedas dan beraroma.Penggunaan ikan,daun kesum dan bunga kantang segar adalah kunci kepada kesedapan laksa ini.Untuk menambahkan lagi kelazatan kuah laksa,tulang dan kepala ikan rebus jangan dibuang.Tulang ini dikisar lalu ditapis untuk dimasukkan kedalam kuah laksa nanti.

Berbeza sedikit dari laksa-laksa dari negeri lain yang biasanya menggunakan santan,laksa penang agak berbeza kerana walaupun tanpa penggunaan santan tetap mempunyai rasa yang unik dan tersendiri.

BAHAN UTAMA LAKSA PENANG

•1 pek laksa kering

•Air secukupnya

°°Rendam laksa kedalam air sehingga lembut.

°°Tapis dan masukkan laksa kedalam periuk yang mengandungi air mendidih.Rebus hingga laksa lembut dan toskan airnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK REBUS IKAN

•1 kg ikan sardin/kembung ni

•Asam keping

°°Rebus ikan dengan asam keping,sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.

°°Kisar halus isi dan letakkan dalam bekas.Kisar juga tulang dan ambil air kisaran tulang ini.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

•Air rebusan ikan2

•2 kuntum bunga kantan (belah 4)

•1 ikat daun kesum

•1 mangkuk air asam jawa

•2 sudu petis

•Sedikit gula melaka

•Garam serbuk perasa

BAHAN KISAR (A)

•4 biji bawang merah

•3 ulas bawang putih

•20 tangkai cilikering (rebus dan toskan)

•5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)

•1 ketul belacan (bakar dahulu)

BAHAN KISAR (B)

•Isi ikan sardin dari 1 tin sardin

•Sedikit air

BAHAN KISAR (C)

•1/2 biji nenas

•Sedikit air

CARA-CARA MENYEDIAKAN KUAH LAKSA PENANG

°°Masukkan isi ikan yang dikisar dan air dari kisaran tulang ikan tadi. Letakkan juga bahan kisar A,B DAN C kedalam periuk.

°°Kemudian letakkan bunga kantan,daun kesum,petis.air asam jawa dan air rebusan ikan tadi.Kalau kuah nampak terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air.

°°Masak sehingga kuah mendidih sambil dikacau sekali sekala.Selepas itu masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam.

BAHAN-BAHAN UNTUK CONDIMENT/BAHAN TABURAN

•Telur (rebus dan belah dua)

•Limau nipis/kasturi (potong dua)

Bahan utuk dihiris nipis

•Daun salad

•Daun selom

•Timun

•Bawang merah

•Cili padi merah

•Cili padi hijau

•Nenas

LAKSA PENANG SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.

Leave a Comment